Saksikan Gambar2 dan video kesedihan keluarga penumpang pesawat MH 370 yang disahkan terhempas di lautan Hindi.BACA SINI.Tinta Hijau DKB turut berkongsi kesedihan yang mereka alami.
Semoga keluarga penumpang pesawat MH 370 terus tabah dalam menghadapi situasi kehilangan orang yang tersyang.Al Fatihah buat penumpang yang beragama Islam,dan semoga roh mereka dicucuri rahmat ~ Tinta Hijau DKB
Keluarga kepada jurutera penerbangan, Mohd Khairul Amri Selamat yang berada di Hotel Everlyn Putrajaya di sini tidak dapat mengawal emosi mereka dengan tangisan air mata selepas menonton pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, menerusi siaran televisyen di lobi hotel.
Semoga keluarga penumpang pesawat MH 370 terus tabah dalam menghadapi situasi kehilangan orang yang tersyang.Al Fatihah buat penumpang yang beragama Islam,dan semoga roh mereka dicucuri rahmat ~ Tinta Hijau DKB
Foto : Reuters & TMI
Keluarga kepada jurutera penerbangan, Mohd Khairul Amri Selamat yang berada di Hotel Everlyn Putrajaya di sini tidak dapat mengawal emosi mereka dengan tangisan air mata selepas menonton pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, menerusi siaran televisyen di lobi hotel.
Bapa Mohd Khairul Amri iaitu Selamat Omar, yang kebiasaannya bercakap
dengan pemberita sejurus selepas sidang media sebelum ini, memberitahu
wartawan bahawa beliau perlu bersendirian buat sementara waktu.
Keluarga lain bagi penumpang warga Malaysia, yang masih berada di hotel ini tidak kelihatan, mungkin berada di bilik mereka.
Di BANGI, waris penumpang warga China yang datang ke Kuala Lumpur
dari Beijing sejak 11 Mac lalu, tidak dapat menahan kesedihan mereka
apabila mendapat berita baharu mengenai pesawat MH370.
Seorang wanita dilihat menangis di lobi utama hotel."Saya tidak percaya! Saya mahu anak saya semula," dia meraung kesedihan.Wanita itu kemudiannya dibantu oleh dua saudaranya dan mengiringnya ke lif untuk dibawa ke bilik hotel.
Keselamatan di hotel tersebut dikawal ketat apabila para pengawal keselamatan telah menutup semua pintu di pintu masuk hotel.
Mesej teks yang dikatakan dihantar oleh MAS kepada keluarga dan
saudara-mara sebelum pengumuman Najib nampaknya tidak sampai kepada
waris warga China di Kuala Lumpur, kerana mereka masih berlegar di lobi
dengan tenang sebelum pengumuman Najib.
Mesej berkenaan, yang dikongsi menerusi media sosial berbunyi:
"Penerbangan Malaysia dengan duka citanya bahawa kita perlu menganggap
melangkaui sebarang keraguan yang munasabah bahawa MH370 telah hilang
dan tiada satupun dari mereka di dalam pesawat terselamat.
"Apabila anda mendengar pengumuman Najib dalam tempoh sejam lagi,
kita semua perlu menerima bahawa semua keterangan mengatakan bahawa
pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi."
Di BEIJING, kesedihan ahli keluarga penumpang dapat didengari oleh
para pemberita malah sebelum mereka memasuki dewan di Hotel Metropark
Lido, di mana kesemuanya menonton pengumuman Najib mengenai pesawat
MH370.
Bunyi teriakan dan kerusi yang dipecahkan dapat didengari selepas
ahli keluarga penumpang MH370 warga China mendapat berita mengenai
peluang tipis insan tersayang untuk terselamat daripada insiden itu.
Sebaik sahaja pintu dibuka, ahli keluarga penumpang MH370 warga China terus bergegas keluar.Terdapat beberapa ahli keluarga yang tidak bermaya untuk berjalan,
dan terpaksa diiringi oleh orang lain apabila mereka cuba untuk
mengelakkan dari rakaman lensa kamera jurugambar.
"Anda masih mahu mengambil gambar kami? Kami telah kehilangan orang yang kami sayangi!" teriak ahli keluarga itu.
Seorang lagi wanita warga emas gagal mengawal emosi, sambil menangis
berkata, "Anak lelaki saya! Anak menantu perempuan saya, cucu saya, tiga
generasi saya!"Pengawal keselamatan kemudian terpaksa meminta media meninggalkan bilik itu di hotel.
Tiga pasukan perubatan dilaporkan dihantar ke hotel berkenaan, dengan
para pegawai bantuan kecemasan mengusung mereka ke dalam bilik.
Terdahulu, pada kira-kira pukul 9 malam, MAS telah menghantar mesej
kepada ahli keluarga bagi memaklumkan mereka mengenai perkara itu lebih
awal sebelum ia diumumkan oleh Najib.Mstar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan