KUALA LUMPUR, 8 Jun — MIC mengugut untuk menolak semua jawatan kerajaan
di Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dari Umno,
jika jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak diberikan kepada
salah seorang pemimpin mereka.
Dalam satu kenyataan kepada media, Presiden MIC Datuk Seri G.
Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan
Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan
ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) di negeri dipimpin Umno itu.
Parti itu juga akan menolak pelantikan jawatan pegawai khas dan
penasihat kepada Menteri Besar kata ahli Parlimen Cameron Highland itu.
"Apabila pembangkang mengetuai kerajaan negeri Perak, jawatan Speaker diberikan kepada orang India," katanya (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.TMI
4 ulasan:
Comfirm tk keluar utusex dan tv..
Kalau dah tahu Pakatan beri peluang lebih kat kaum India nape tak sokong bersungguh2 dlm PRU13 untuk menangkan PR.....lantak kau lah labu.....
Assalamualaikum
Jual beli dan iklankan produk di laman web www.produkmuslim.info
Sokongan anda amat dihargai
Terima kasih
hampa percaya ka apa india tu kata.
Catat Ulasan