Sabtu, 8 Jun 2013

MIC Ancam Boikot Kerajaan BN Perak

KUALA LUMPUR, 8 Jun — MIC mengugut untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dari Umno, jika jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak diberikan kepada salah seorang pemimpin mereka.

Dalam satu kenyataan kepada media, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) di negeri dipimpin Umno itu.

Parti itu juga akan menolak pelantikan jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar kata ahli Parlimen Cameron Highland itu.

"Apabila pembangkang mengetuai kerajaan negeri Perak, jawatan Speaker diberikan kepada orang India," katanya (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.TMI

4 ulasan:

  1. Comfirm tk keluar utusex dan tv..

    BalasPadam
  2. Kalau dah tahu Pakatan beri peluang lebih kat kaum India nape tak sokong bersungguh2 dlm PRU13 untuk menangkan PR.....lantak kau lah labu.....

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum

    Jual beli dan iklankan produk di laman web www.produkmuslim.info
    Sokongan anda amat dihargai

    Terima kasih

    BalasPadam
  4. hampa percaya ka apa india tu kata.

    BalasPadam