Seramai sepuluh orang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
mengangkat sumpah jawatan hari ini, hampir sebulan selepas pilihan raya
umum 5 Mei.
Barisan anggota exco yang baru dilantik ini,
membabitkan empat wakil PAS dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR,
mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini.
Upacara tersebut berlangsung di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri istana tersebut.
Bekas Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) juga dibariskan sebagai anggota Exco kanan untuk penggal kali ini.
Jawatan
Speaker tersebut kini diisi wakil DAP Hannah Yeoh (Subang Jaya),
manakala Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, Seri Setia) dilantik sebagai timbalan
Speaker, menurut satu senarai yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri
Khalid Ibrahim.
Seorang lagi yang dilantik Exco kanan ialah wakil PAS Iskandar Abdul Samad (Cempaka), menurut Khalid yang mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut.
Seorang lagi yang dilantik Exco kanan ialah wakil PAS Iskandar Abdul Samad (Cempaka), menurut Khalid yang mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut.
Berikut adalah senarai penuh anggota Exco Selangor :
Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR, Bukit Lanjan) – Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar
Dr Daroyah Alwi (PKR, Sementa) – Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi
Rodziah Ismail (PKR, Batu Tiga) – Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) – Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan
Ganabatirao Veraman (DAP, Kota Alam Shah) – Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin
Ean
Yong Hian Wah (DAP, Seri Kembangan) – Pelaburan, Perindustrian &
Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram
Sallehin Mukhyi (PAS, Sabak) – Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa
Dr Halimah Ali (PAS, Selat Klang) – Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan
Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS, Sijangkang) – Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
Iskandar Abdul Samad (PAS, Cempaka) – Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Menteri
besar sendiri mengetuai portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah &
Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan,
Jawatankuasa Adat Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan