Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 28 Mei 2013

Saifuddin Nasution dibawa masuk ke dalam pentadbiran Selangor ?

KUALA LUMPUR 28 MEI: Suatu rombakan akan dilakukan dalam pentadbiran Selangor dalam masa terdekat dan akan menyaksikan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dibawa masuk ke dalam pentadbiran negeri dan dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hubungan politik parti komponen Pakatan Rakyat, menurut sumber.

Lapor Sinar Harian hari ini, sumber juga memberitahu, persetujuan antara Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah dicapai dalam satu perbincangan minggu lalu.

“Mungkin Rabu akan bincang rombakan kecil itu, Saifuddin akan jaga hal hubungan politik di Selangor serta untuk memantapkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” kata sumber kepada Sinar Harian.

“Beliau ditugaskan untuk gerakkan mobilisasi jentera ke kawasan luar bandar bagi mengatasi Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh nak rampas Selangor semula pada PRU 14 nanti,” sumber itu dipetik.

Dikatakan, Saifuddin akan berperanan memberi wajah baru kepada Selangor supaya imej negeri ini lebih dikenali sebagai sebuah negeri Pakatan dan bukan lagi kubu kuat BN.

“Bukan saja ‘rebranding’ itu kepada kakitangan awam negeri bahkan kalau boleh bangunan kerajaan dan infrastuktur di Selangor pun dicat dengan warna lain, bukan lagi warna biru,” katanya.

Dalam PRU 13, Saifuddin tewas di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah di tangan Datuk Aziz Sheikh Fadzir, bekas Naib Ketua Pemuda Umno.

Sebelum itu, Saifuddin merupakan Ahli Parlimen Machang, Kelantan dalam penggal lalu.Pada PRU 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

KEADILAN menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN pula memenangi 12 kerusi.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....