Tidak bijak bagi pembesar-pembesar Umno menolak berterangan terhadap
lontaran mentransformasikan parti-parti dalam gabungan Barisan Nasional
sebagai sebuah parti besar bagi menggantikan semua anak-anak partinya.
Umno adalah anak parti utama yang perlu ditanya kesediaannya dibubarkan bagi menjadi sebahagian dari parti besar Barisan Nasional itu. Atas persetujuannya barulah lain-lain parti seperti MCA, MIC, SUPP dan lain-lain mengambil langkah yang sama.
Apabila ditanya, tokoh Umno seperti Tan Sri Muhyidin Yassin dan Shahidan Kassim mesti menggunakan bahasa diplomasi, sedia menimbangkan dan mengkajinya.
Menolak mentah-mentah lontaran adalah sama dengan mempersenda transformasi politik dan menjadikan slogan 1Malaysia satu semboyan yang tidak berharga. Transformasi politik dan 1Malaysia adalah gagasan yang perlu berjalan selari bagi mengikis saki-daki-dan-baki perkauman yang tidak dapat dilenyapkan oleh pemerintahan BN daripada kehidupan Malaysia sejak lebih separuh kurun berkuasa.
Segala daki dan baki perkauman itu menjadi zat dan roh semua parti yang bergabung dalam BN. Maka semua tidak hidup tanpa roh. Roh seperti itulah yang menghidupkan BN serta anak-anak partinya seperti Umno, Gerakan, MIC dan MCA dan lain-lain.
Dalam pelaksanaan transformasi di luar kotak BN dan anak-anak partinya, semua parti seperti PAS, PKR dan DAP yang menjiwai zat dan roh bebas rasis bagi Pakatan Rakyat, sudah dillihat keluar daripada kepompong perkauman hingga mencetuskan tsunami politik dalam dua PRU sebelum ini – PRU12 dan PRU13.
Roh bebas perkauman yang dijelmakan dalam dua PRU itu sudahpun menjadikan MCA dan Gerakan serta SUPP tinggal nyawa ikan atau nazak. Ini menjadi isyarat kepada parti lain seperti Umno bila-bila masa boleh diserang angin ahmar.
Pencegahan yang dapat difikirkan pada ancaman angin ahmar pollitik itu ialah semua komponan parti perkauman dalam BN keluar segera daripada alam bahaya itu menggantikan BN sebagai parti tunggal untuk semua, meninggalkan alam rasis yang bahaya itu.
Tidak menunjukkan bijaksana jika Najib dan Muhyiddin menolak berterangan idea menjadikan BN parti tunggal untuk semua kaum, sama seperti PAS untuk semua.

Ia satu cetusan fikiran yang indah,
tetapi ia adalah suatu yang mustahil untuk diterima oleh Umno. Umno
boleh menukar namanya kepada apa-apa nama jua seperti Tun Razak tidak
kisah menukar nama Perikatan kepada Barisan Nasional. Tetapi nama baru
Umno itu BN atau S46 atau Perkasa, tetapi ia tetap mahu jadi parti orang
Melayu yang presiden dan timbalan presidennya mesti Melayu.
Tidak
sempurna transformasi politik BN ssebagai parti tunggal jika ahlinya
ada kelas. Jika Cina, Kadazan dan India ditutup peluang untuk menjadi
Presiden, maka ini menjadikan mereka anggota BN kelas dua.
Tidak
berbangkit BN baru itu dipimpin oleh orang bukan Melayu selagi generasi
Najib mengisi ruang pimpinan. Tetapi sesudah generasi selepas Muhyidin,
Zahid dan Khairy Jamaluddin nanti tentu ada Cina dan India merasa
mereka juga boleh jadi presiden.
Pemimpin Umno tidak mahu
transformasi dan wasatiyah seperti itu. Ia membuka laluan bagi ahlinya
mengisi PAS. Seindah-indah BN baginya tidak sama dengan Umno sekali pun
ia tidak lagi relevan perubahan dan pembaharuan generasi baru Malaysia
separuh abad setelah merdeka. Mustahil BN boleh menggantikan Umno.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan