KUALA LUMPUR 5 MAC: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
berkata, kerajaan nageri akan memberi peruntukan dana khas RM10 juta
kepada angota polis yang terkorban ketika mempertahankan negara di
Sabah.
Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan
anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan
nyawa mereka.
“Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang
terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa
dalam kedua-dua insiden itu,” katanya, dipetik Bernama.
Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.
Beliau berkata, melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti
cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan
anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.
“Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka
perludiberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan
kedaulatan negara kita,” katanya.
Setakat ini lapan anggota polis telah terkorban dalam dua pertempuran berasingan masing-masing di Lahad Datu dan Semporna.
Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu
adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69
Komando.
Manakala dalam pertempuran di Semporna pula adalah Supritendan
Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman), ASP Michael, (KCKD
Semporna), Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna), Koperal Azrul, (PGA Btn
14 Semporna), Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah), Koperal
Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau).KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan