KUALA LUMPUR 6 MAC: Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai
Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar
sokongan sama, hari ini.
Perisytiharan
Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim
Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu pada ceramah 19 Februari lalu pernah memberi
bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera akan menyertai
Pakatan.
Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B)
Datuk Abdul Hadi
Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan
Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan.
Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima
Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik
Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera
(Najmi).KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan