Gambar hiasan
KUALA LUMPUR, 10 Mac — Seorang remaja tidak dikenali ditembak mati oleh
pasukan keselamatan Malaysia pagi ini, dan meningkatkan jumlah kematian
kepada 62, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengesahkannya
hari ini.
Remaja tersebut, yang dipercayai berusia 12 hingga 15, terbunuh
apabila anggota keselamatan berhenti dan bertanya soalan kepada lima
individu, tiga lelaki dan dua wanita, di Kampung Sungai Bilis ketika Ops
Daulat sedang dijalankan jam 9.45 pagi ini.
Menurut The Star Online, pasukan keselamatan melihat
pergerakan berhampiran semak dan menembak, sebagai reaksi kemungkinan ia
datang dari penceroboh Sulu.
Kemudian pasukan mendapati seorang remaja terbunuh dan seorang lelaki berusia 30an cedera pada kaki.
Dalam laporan Malaysiakini mengenai insiden tersebut, Ismail
berkata polis sedang cuba menyiasat identiti dua lelaki tersebut,
termasuk lima individu yang disoal siasat pada awalnya.
"Mereka tidak mempunyai dokumen jadi kita menyiasat dari mereka
datang dan apa mereka buat di sini," katanya yang dipetik dari portal
berita tersebut.
"Selepas kita diberitahu mengenai insiden tersebut, pusat arahan
taktikal kami terus menghantar pasukan kecemasan dalam kenderaan
berperisai ke lokasi di mana tujuh orang tersebut, termasuk yang cedera
dan mati berjaya dikeluarkan.
Seramai 62 orang terbunuh sejak Jumaat lalu, termasuk 53 militan
Sulu, lapan anggota polis Sulu dan seorang remaja yang tidak dikenali.
Hari ini ialah hari keenam Ops Daulat sejak Selasa lalu, dan hari ke
29 sejak sekumpulan bersenjata seramai 200 orang dari Sulu di Filipina
mendarat di Lahad Datu untuk menuntut Sabah.
Kumpulan yang mendakwa mereka sebagai “tentera diraja” Kesultanan
Sulu dan pengikut kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai
Sultan Sulu, seorang tua berusia 74 tahun yang tinggal di Taguig City,
Filipina.
Kumpulan yang diketuai adik Jamalul, Agbimuddin Kiram bertempur
dengan pasukan keselamatan sejak Jumaat lalu dan menyaksikan lapan
anggota polis terkorban dan 20 militan Filipina terbunuh.
Awal hari ini, polis mengesahkan sejumlah 85 individu ditahan kerana
terlibat dengan kumpulan Sulu ini di Sabah. KPN Ismail berkata pada
tengah hari ini, lima orang ditahan di Semporna, dua jam dari Lahad
Datu, menurut laporan Malaysiakini.
Lima orang tersebut ditahan kerana terlibat dengan serangan hendap ke
atas pasukan keselamatan Malaysia pada minggu lalu, yang menyebabkan
enam orang polis terkorban. Mereka akan disoalsiasat dibawah Akta
Kesalahan Keselamatan (Tindakan Khas) dan Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan
kerana melakukan keganasan, menurut laporan Malaysiakini.TMI
6 ulasan:
taniah, aku setuju dgn tindakan itu. padan dgn muka dtg negara org nak tunjuk lagak pulak. dia ingat malaysia tiada undang2 ke. jika jumpa org sulu rampas saja ic diorang, jenis manusia macam ni memang tak boleh buat baik
Aku percaya Ada yg bangang akan kritik pihak keselamatan Dan Cuba jadi hero kpd remaja ini....
Dan kematian remaja tu dah tentu konspirasi umno... tianchua tentu setuju
Hanya org zalim yg sokong tindakan zalim. kalau anjing yg kelaparan pun wajib dibantu, inikan pula manusia. Inilah golongan manusia munafik yg anggap hukum manusia melebihi hukum tuhan... malah mahu menjadi tuhan seperti firaun.
Ni salah nua ni. Tak gitu?
tahniah atas siapsiagaan pasukan keselamatan...mereka tu anjing gila tak boleh caya sayangkan nyawa.
Lainkali nak msuk sabah,jgn masuk kat mulut peta anjing tu,nah kena baham smpai ke tulang,ikut telinganya guna cara yg diberi dgn baik...knpa rmai yg msuk tanpa pasportpun hidup jga,asal tak sndiri cri maut.
Catat Ulasan