Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 Mac 2013

Hasutan : Tian Chua mengaku tak bersalah, dikena ikat jamin RM5,000

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Naib Presiden PKR Chua Tian Chang didakwa hari ini di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dituduh membuat kenyataan menghasut berhubung pencerobohan Sulu dan pertempuran bersenjata di pantai timur Sabah.

Beliau yang dikenali sebagai Tian Chua minta dibicarakan diatas pertuduhan tersebut memberitahu Mahkamah Sesyen di sini: “Ini adalah dakwaan bermotif politik. Saya akan lawan fitnah ini untuk membersihkan nama saya.”

Peguamnya, N Surendran, memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Sekeri Mamat beliau akan memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Chua, mendakwa ini adalah pencabulan proses dan bermotifkan politik.

Timbalan Pendakwaraya Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah Chua dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) dalam akta sama.

Pertuduhan dibacakan kepada Chua oleh mahkamah yang berbunyi: “Bahawa kamu, pada 1 Mac 2013 jam 11:00 pagi di alamat No: 62-2-A, Fraser Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, telah menyebutkan perkataan menghasut dengan membuat kenyataan bahawa,

(a) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;

(b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

(c) Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

(d) Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing;

dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama.

Chua boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan RM5,000.Mahkamah Sesyen juga menetapkan 12 April untuk sebutan kes.

Pada 1 Mac Chua dilaporkan berkata terdapat konspirasi dari Umno untuk mengalihkan perhatian di Sabah dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Ahli parlimen Batu itu dilaporkan menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” kata Chua seperti dilaporkan oleh laman atas talian lidah rasmi PKR, Keadilan Daily.

Awal hari ini, penyokong Chua bertengkar dengan polis, dengan peguamnya mendakwa terdapat percubaan untuk menangkap pemimpin PKR itu.

“Saya fikir ini tidak adil dan sangat mendiskriminasi,” kata peguam Chua Latheefa Koya kepada pemberita, mendakwa layanan sama tidak kepada ahli politik Umno, menteri atau keluarga menteri.

Seorang lagi peguam mewakili Chua, Eric Paulsen, mengakui penangkapan sebelum seseorang dituduh adalah dalam kuasa budi bicara polis, tetapi mendakwa bahawa ia akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa kerana Chua telah memberi kerjasama dengan muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Akan tetapi polis memberitahu pemberita mereka hanya mengikut prosedur biasa mahkamah dan hanya mahu mengiringi Chua ke kamar mahkamah.

Polis Johor beberapa hari sebelum ini telah merakamkan kenyataan dari Chua, editor Keadilan Daily Fazalah Pit dan pemberitanya Aisha Geoffery.

Ketua polis Johor DCP Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan semalam berkata 82 daripada 318 laporan polis terhadap Chua datang dari negeri tersebut.

Latheefa juga membangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Julai lalu mengatakan Akta Hasutan 1948 akan dipinda dan digantikan dengan Akta Harmoni Kebangsaan.

Oktober lalu, menteri de facto undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata akta untuk menggantikan Akta Hasutan akan dibentangkan di parlimen tahun ini.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tian cua pun semasa mengeluarkan kenyataan ni adakah tidak bermotifkan POLITIK?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....