Beliau yang dikenali sebagai Tian Chua minta dibicarakan diatas
pertuduhan tersebut memberitahu Mahkamah Sesyen di sini: “Ini adalah
dakwaan bermotif politik. Saya akan lawan fitnah ini untuk membersihkan
nama saya.”
Peguamnya, N Surendran, memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad
Sekeri Mamat beliau akan memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi
untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Chua, mendakwa ini adalah
pencabulan proses dan bermotifkan politik.
Timbalan Pendakwaraya Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah Chua
dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan boleh dihukum di
bawah Seksyen 4 (1) dalam akta sama.
Pertuduhan dibacakan kepada Chua oleh mahkamah yang berbunyi: “Bahawa
kamu, pada 1 Mac 2013 jam 11:00 pagi di alamat No: 62-2-A, Fraser
Business Park, Jalan Off Metro Pudu, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan, telah menyebutkan perkataan menghasut dengan
membuat kenyataan bahawa,
(a) Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi
terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan
rakyat;
(b) Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;
(c) Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan
untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di
Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan
untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di
Sabah; dan
(d) Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat
Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing;
dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah
seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah
seksyen 4(1) Akta yang sama.
Chua boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit
atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau
kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dikenakan penjara
selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun.
Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan RM5,000.Mahkamah Sesyen juga menetapkan 12 April untuk sebutan kes.
Pada 1 Mac Chua dilaporkan berkata terdapat konspirasi dari Umno
untuk mengalihkan perhatian di Sabah dari isu pemberian kad pengenalan
kepada warga asing.
Ahli parlimen Batu itu dilaporkan menyifatkan pencerobohan di Lahad
Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah
wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat
Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,”
kata Chua seperti dilaporkan oleh laman atas talian lidah rasmi PKR, Keadilan Daily.
Awal
hari ini, penyokong Chua bertengkar dengan polis, dengan peguamnya
mendakwa terdapat percubaan untuk menangkap pemimpin PKR itu.
“Saya fikir ini tidak adil dan sangat mendiskriminasi,” kata peguam
Chua Latheefa Koya kepada pemberita, mendakwa layanan sama tidak kepada
ahli politik Umno, menteri atau keluarga menteri.
Seorang lagi peguam mewakili Chua, Eric Paulsen, mengakui penangkapan
sebelum seseorang dituduh adalah dalam kuasa budi bicara polis, tetapi
mendakwa bahawa ia akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa kerana Chua
telah memberi kerjasama dengan muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Akan tetapi polis memberitahu pemberita mereka hanya mengikut
prosedur biasa mahkamah dan hanya mahu mengiringi Chua ke kamar
mahkamah.
Polis Johor beberapa hari sebelum ini telah merakamkan kenyataan dari Chua, editor Keadilan Daily Fazalah Pit dan pemberitanya Aisha Geoffery.
Ketua polis Johor DCP Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan semalam
berkata 82 daripada 318 laporan polis terhadap Chua datang dari negeri
tersebut.
Latheefa juga membangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Julai lalu mengatakan Akta Hasutan 1948 akan dipinda dan digantikan
dengan Akta Harmoni Kebangsaan.
Oktober lalu, menteri de facto undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz dilaporkan berkata akta untuk menggantikan Akta Hasutan akan
dibentangkan di parlimen tahun ini.TMI
Tian cua pun semasa mengeluarkan kenyataan ni adakah tidak bermotifkan POLITIK?
BalasPadam