KEMAMAN - Tirai 'runtuh' Tahun 2012 ditutup dengan
insiden runtuhnya bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai, dekat
sini, seolah-olah mengesahkan lagi gelaran Terengganu Darul runtuh!
Kejadian yang berlaku pada 30 Disember itu, bagai satu 'rentetan badi' yang 'merasuk' negeri ini sejak dirampas Umno-BN dari PAS pada tahun 2004.
Selepas malapetaka runtuhnya bumbung Dewan Syaidina Abu Bakar, Sekolah Menenengah Wakaf Tapai bernilai RM2 juta pada 12 April, 2008, sudah 15 bangunan atau binaan yang runtuh dan rosak di negeri ini.
Yang terakhir sebelum bumbung Astaka Chukai adalah bangunan dalam pembinaan di Padang Astaka Besut yang runtuh pada 21 Jun 2012!
Tinjauan sekitar kejadian bumbung Astaka Chukai yang runtuh, mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan 'menyembah bumi' dipercayai strukturnya yang lemah serta reput.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.
Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran ‘Terengganu Darul Runtuh’ yang memalukan.
“Saya minta minta berautoriti siasat kes (runtuh) ini dengan telus sebab banyak sangat kejadian yang runtuh-runtuh berlaku di Terengganu. Orang gelar ‘Terengganu Darul Runtuh’ dan ini memalukan kita.
“Nasib
masih menyebelahi rakyat kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku
akibat runtuhan itu. Bumbung stadium runtuh, bumbung masjid runtuh,
dewan sekolah runtuh dan banyak lagi sejak tahun 2009,” ujarnya ketika
ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di
Taman Perumahan Fikri, Chukai, Kemaman.
Beliau menyifatkan ratusan ribu hingga jutaan ringgit wang rakyat ‘hangus’ angkara ketidakcekapan pengurusan mentadbir negeri ini.
Buletinonline dimaklumkan, seorang Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Mohd Rofful Hamzah, 46, terkejut sebaik tiba di padang astaka kira-kira jam 3 petang melihat sebahagian bumbung astaka runtuh.
“Nasib baik sewaktu kejadian pekerja yang melakukan kerja di pentas dan padang astaka ini sedang berehat,” ujarnya.
Beliau dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pemasangan lampu di khemah yang dibina di padang tersebut sejak
beberapa hari sebelum kejadian sempena program sambutan Ambang Tahun Baru 2013 anjurkan Pejabat Daerah Kemaman.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPk), Mustafar Khalid mendakwa, awning yang dipasang di struktur asal bumbung pentas itu dipercayai runtuh ekoran strukturnya reput.
Kata beliau, awning pada struktur bumbung pentas berkenaan dibina pada 2006 dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut punca runtuhan itu terjadi.
“Dua
tahun berturut-turut kita memohon kepada Jabatan Landskap Negara untuk
menaik taraf Taman Bandar Chukai termasuk menaik taraf pentas astaka,
laluan pejalan kaki, pondok wakaf dan landskap tetapi permohonan itu
tidak diluluskan.
“Jadi jika permohonan tidak diluluskan juga tahun depan, kita akan usahakan untuk membina baru pentas astaka ini yang mana pentas asal yang sudah lama akan dirobohkan,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau membayangkan, pembinaan pentas baru yang bereka bentuk baru itu dijangka akan menelan belanja sebanyak RM400,000.
Taman Bandar Chukai termasuk pentas terbabit dirasmikan pada Ogos 1994 oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad bagi pelbagai aktiviti peringkat daerah setiap tahun.
Selain itu, katanya, bangunan-bangunan milik MPk yang lain terutama yang lama dan rosak juga akan diperiksa bagi mengelakkan kejadian sama berulang.BO

2 ulasan:
Kita menunggu ibu kepada segala runtuh yang akan berlaku tak berapa bulan lagi.Iaitu runtuhnya kerajaan UMNO/BN ,bukan saja di Trengganu tetapi di seluruh negara, insyAllah.
Apa kerajaan terengganu buat?BANkami
Catat Ulasan