Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 Januari 2013

Umno Terdesak,Guna Komuter Raih Sokongan Rakyat

KUALA LUMPUR 2 Januari: Iklan ‘Sayangi BN’ dalam gerabak KTM Komuter bukti ketakutan Umno dan Perdana Menteri yang terdesak meraih simpati rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Haniza Talha.

Beliau mengulas pemasangan video iklan tiga minit bermula Sabtu lalu memaparkan pertemuan Datuk Seri Najib Razak bersama rakyat.

“Saya dapat maklumat iklan itu dimainkan pada waktu puncak, iaitu ketika orang ramai bersesak-sesak menaiki komuter.

“Kenapa perlu kempen begitu sekali? Ia jelas melanggar etika GLC (badan bukan kerajaan),” katanya ketika dihubungi.

Iklan tersebut dipasang sempena Karnival Sayangi Selangor anjuran BN negeri pada 29 Disember lalu, yang turut memaparkan logo serta slogan BN seperti, “Yakini BN-Sayangi Selangor”, “Dikau menjamin harapan” dan “Sekian lama aman sejahtera”.

“Saluran televisyen, radio, malah agensi-agensi kerajaan semua dikuasai Umno BN. Kenapa begitu terdesak? Kalau benar BN perintah dengan baik dan telus, kenapa nak takut? Rakyat pasti boleh nilai sendiri,” tegas Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu.

“Dalam menuju negara maju, rakyat perlu diberi pandangan dan maklumat secara terbuka. Mereka ada hak untuk memilih, tapi kerajaan tutup semua medium perdana untuk akses kepada maklumat dan kemudian suruh rakyat buat pilihan,” tambahnya.

April tahun lalu, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Pada Julai pula, sempena Ramadhan, kira-kira 15 pekerja KTM terlibat mengagihkan kurma di beberapa stesen komuter terpilih dengan memakai baju korporat BN.

Menurut pegawai KTM yang enggan namanya diketahui, kotak kurma yang sebelum ini ditetapkan oleh pihak pembekal, ditukar dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di saat akhir.

Selain itu, iklan kempen ‘Sayangi Selangor’ yang menampilkan gambar Najib turut ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Kelang.

Gambar Najib itu diiringi slogan ‘Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan’ dan ‘Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup’.KD

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Buat macam u pun salah,
PR pun heboh kempen kehulu kehilir buat ceramag,pun takut kalah le tu!xsalah pulakkkkkkk

Tanpa Nama berkata...

salah kalau guna kemudahan awam

Tanpa Nama berkata...

Sama je. PR gunakan kemudahan awam sebagai medium politik mereka. Blah la PR...

Tanpa Nama berkata...

mane ade pkr guna kemudahan awam sbg medium politik ....bn je suke buat.. bn pon ade buat ceramah gak..... ini menunjukkan bn lagi takut kalah .....BN LOSER.....PENYOKONG DIA LAGI LOSER

Tanpa Nama berkata...

hoi bodo yang ko mati-mati sokong umno/bn tu,ko termasuk dalam senarai 40 oarang jutawan kat malaysia ke,kalau setakat hidup biasa-biasa je tak payah la beria sangat nak sokong umno.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....