Mesra,Dr Rani bersama Dr Ahmad Yunus
dan Tan Sri Khalid Ibrahim di majlis angkat sumpah Dr Ahmad Yunus
sebagai Exco baru Selangor
Ulasan Sebelum Perlantikan,Dipetik Dari Sinar Harian :
SHAH
ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menafikan bahawa
beliau akan dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu,
Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi menggantikan Datuk Dr Hasan
Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu, semalam.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru berkata,
pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai pengganti Hasan
daripada pimpinan tertinggi Pas pusat mengenai pengganti Hasan ketika
ini.
Menurutnya, beliau sendiri berharap namanya tidak dicalonkan dan mahu
orang lain dari pimpinan Pas Selangor mengisi kekosongan jawatan Exco
tersebut.Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan menerima dan menyokong
sebarang keputusan pimpinan parti itu untuk melantik mana-mana pemimpin
termasuklah beliau sendiri.
“Lagi elok sekiranya orang lain yang dicalonkan untuk jawatan itu,
saya khuatir dengan beban dan tanggungjawab sebagai seorang Exco
Kerajaan Negeri itu tidak mampu saya pikul.“Namun, itu semua terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan tertinggi
Pas Pusat, kami di peringkat Pas Negeri hanya menerima apa jua
keputusan,” katanya kepada Sinar Harian.
Ulasan Selepas Perlantikan,Dipetik dari Mstar :
SHAH ALAM:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman menegaskan
beliau tidak berkecil hati walaupun tidak dilantik sebagai Exco
Kerajaan Negeri Selangor seperti yang disebut-sebut pelbagai pihak.
Menurut
Dr Abdul Rani, beliau sendiri tidak mengharapkan jawatan berkenaan
walaupun pelbagai pihak sebelum ini membuat spekulasi dengan mengatakan
Pesuruhjaya PAS Selangor itu merupakan individu paling layak
menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai exco."Tidak, tidak, tidak. Saya memang tak minta (jawatan ini). Saya pun baru lagi dalam PAS, baru masuk PAS pada 1999.
"Saya
langsung tidak berkecil hati. Semalam saya dapat tahu keputusan ini
dan saya bersyukur. Saya akan teruskan tugas sebagai Pesuruhjaya, Adun
dan Pengerusi SKIMSEL (Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar)," katanya
ketika ditemui pemberita di Istana Bukit Kayangan di sini, Rabu.
Terdahulu
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan
watikah pelantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru kepada Adun
Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.Pelantikan
itu bagi menggantikan Hasan yang dipecat daripada PAS dua minggu lalu
kerana tindakannya yang dikatakan menyalahi dan merugikan kepentingan
parti itu.
Ulasan Menarik Dari Blogger Cenangau :
Memang ramai yang mushkil, pasai apa pulak Dr. Rani tak dilantik sebagai Exco. Sepatutnya kalau ikut standard politik Malaysia, Dr. Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor kena la dilantik sebagai Exco, bukan setakat Exco tapi kena dilantik Exco kanan.
Memang tak pernah dibuat orang, pemimpin parti memerintah yang paling kanan di negeri yang memerintah takdak jawatan dalam kerajaan, memang tak pernah terjadi. lain la kalau dia kalah dalam pilihanraya.
Tapinya, itulah uniknya PAS kalau dibandingkan dengan Umno. Kalau dalam Umno tobat lahum tak boleh jadi lagu tu. Kalau nak lantik jugak orang lain, orang lain tu nak kena dilantik sebagai ketua perhubungan negeri dulu.
Dalam PAS benda-benda jawatan ni bukan benda yang dikejar, ada banyak benda lain yang lebih menjadi perkiraan.
Dalam situasi di Selangor ni, aku yakin Dr. Rani sendiri yang sungguh-sungguh menolak, tak mau kejawatan tu. Mungkin dia rasakan dia lebih sesuai tak duduk dalam kerajaan buat masa ni terutama sekali PRU13 pun dah tak lama lagi.
Mungkin dengan bebanan tanggungjawab untuk hadapi pilihanraya yang cukup penting untuk membentuk masa depan politik PAS di Selangor terutamanya, lebih elok dia tak pegang jawatan sebagai Exco.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan