Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 19 Januari 2012

Tamparan Buat Umno,Bekas Wartawan Kanan Utusan Sertai DAP

Hata Wahari menyerahkan replika borang menyertai DAP kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Hata Wahari, bekas wartawan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, hari ini sah menyertai DAP. Beliau juga adalah bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).Hata, 42, berkata bahawa sudah tiba masanya untuk beliau menyatakan kesediaan berpihak kepada DAP yang selama ini ditohmah dan difitnah dengan hebat oleh media arus perdana yang dikawal pihak kerajaan.

Beliau melihat misinya adalah untuk menerangkan kepada umum bahawa persepsi yang dimainkan UMNO-BN selama ini adalah tidak tepat sama sekali.Hata menyerahkan borang keahliannya kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Semakin ramai cerdik pandai Melayu menyertai DAP baru-baru ini termasuk bekas ADUN Pulau Manis, Datuk Ariff Sabri yang popular dengan blognya, SakmongkolAK47, blogger Aspan Alias yang juga bekas veteran UMNO serta tokoh akademik Prof Dr Ariffin Omar.

“Saya percaya DAP dan Pakatan Rakyat, jika memenangi Putrajaya, akan dapat menghapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat, untuk mewujudkan kebebasan media di Malaysia,” katanya kepada Roketkini.

Beliau menjelaskan bahawa sebab utama beliau menyertai DAP ialah kerana beliau percaya DAP mampu membawa negara ke jalan yang lebih baik berdasarkan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.Beliau mengakui bahawa Utusan yang pernah menjadi majikannya memang sengaja mahu memaparkan DAP sebagai parti yang bersifat perkauman kerana itu adalah agenda dan mainan politik UMNO.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan, dengan penyertaan Hatta, diharap wartawan kanan itu dapat membantu menjana satu perubahan minda dan perubahan gerak kerja kerajaan dalam DAP dan juga Pakatan Rakyat.

“(Berdasarkan pengalamannya) beliau telah pun membuat pengorbanan demi menegakkan prinsip-prinsip kebebasan maklumat, kebebasan akhbar dan juga kebebasan untuk berfikir dan berucap,” katanya.DAP tidak membuat sebarang perjanjian atau menawarkan apa-apa jawatan untuk Hata yang berikrar membantu perjuangan menyebarkan amalan demokrasi dan keadilan social di semua peringkat masyarakat. – Roketkini.com.

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Memang satu tamparan buat Umno.Semakin mereka menuduh DAP parti pelampau Cina yang anti melayu,melalui media2 mereka terutama utusan dan TV3 semakin ramai orang melayu yang menyertai DAP.

Selepas dua orang kuat Umno,kini orang kuat media mereka pencacai mereka pula yang berpaling tadah.Bukan sertai Pas,bukan sertai PKR tapi sertai DAP yang amat dibenci Umno dengan berbagai tohmahan dan cacian.

Akhirnya hayati kenyataan ini :

Dalam PAS, ada Melayu, India dan Cina(Dewan Himpunan Penyokong PAS).
Dalam PKR ada Melayu, India dan Cina.
Dalam DAP ada Cina, India, Melayu dan Singh..

Dalam UMNO ada Melayu Mamak.
Dalam MCA ada Cina.
Dalam MIC ada India..

Yang mana mirip 1 Malaysia? Yang mana parti perkauman?

Sukarkah untuk membuat pilihan?Fikir fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....