Bukti SMS Umno kerah pemudanya untuk mengganggu ceramah di Gombak
KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah
Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran
khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa ‘arahan’ beberapa hari sebelumnya.
SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar
Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di
Gombak.
SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin( gambar kiri ) kepada Keadilan Daily malam tadi.Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.
“SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan
anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan
supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah,”
jelasnya.
Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.
Berikut SMS tersebut:
1.
Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua
pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan
tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi
menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara
adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam
tersebut.
2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2
(Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak)
dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb
(pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam)
bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg
kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita
& mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen
ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk
(gombak).
Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini.
“Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah
dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk
menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan
berlangsung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu.
Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat
Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini.KD
Gambar dan artikel berkaitan DISINI
4 ulasan:
jangan la macam ni, tak logik la guna SMS yang korang tulis sendiri, kan dah kelakar tu
kat mana ada ceramah pr kat situ depa nak tunjuk lagak
Mesej tu sesiapa pun boleh buat. Saya boleh buat dan katakan ia adalah arahan OBAMA. Detail perlu dipaparkan. Jangan mesej saja. Jauhkan diri dpd FITNAH
giler bodo blogger nie.. kalau bukti video pun x leh pakai apa barang lu nak pakai sms.. print screen bleh tahan..ni lu pakai MS-paint ker? sapa2 pun bleh buat bukti lu tu dol..mcm ni ke standard blogger pr? mende aaaa...
Catat Ulasan