Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 14 September 2012

Wanita Pakatan perlu tembusi sokongan masyarakat desa – Anwar

SHAH ALAM 14 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim melontar cabaran kepada Wanita Pakatan Rakyat supaya mendekati golongan wanita di pedalaman, seterusnya meraih sokongan mereka.

Ketua Pembangkang itu meminta mereka menyediakan kertas kerja supaya agenda dan pelaksanaan program yang mahu diperkenal, menjadi lebih berkesan.

“Saya desak pimpinan Wanita Pakatan berikan blue print (kertas kerja) untuk dipertimbang majlis pimpinan supaya ada program menembusi kawasan desa.

“Kita tak banyak masa tetapi saya yakin dapat tembus sedikit lagi terutama wanita desa,” katanya yang optimis jalinan kerjasama tiga gabungan parti, bakal membuahkan hasil jitu.

“Ini bukan slogan retorik biasa yang didengar sejak 50 tahun lalu. Kita dengar retorik memperdaya, memperkasa tetapi akhirnya bukan memperdaya tapi memperdaya wanita,” katanya disambut sorakan gamat pada pelancaran Agenda Wanita Malaysia, malam tadi.

Program anjuran Pakatan Rakyat bertema Wanita Berdaya Negara Sejahtera itu dihadiri kira-kira 2,000 orang di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam malam tadi.

Hadir sama ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu.
Setiap parti diwakili ketua wanita masing-masing iaitu Zuraida Kamaruddin dari KEADILAN; Siti Zailah Mohd Yusof (PAS) dan Chong Eng (DAP).

Anwar turut melontar cabaran kepada Wanita Pakatan supaya menyiapkan kertas kerja bagi mendekati golongan wanita di pedalaman.

Ketua Pembangkang itu yakin agenda yang mahu diperkenalkan menjadi lebih berkesan jika ada kertas kerja dalam merencana pelaksanaan program.

“Saya desak pimpinan Wanita Pakatan berikan blue print (kertas kerja) untuk dipertimbang majlis pimpinan supaya ada program menembusi kawasan desa.

“Kita tak banyak masa tetapi saya yakin dapat tembus sedikit lagi terutama wanita desa,” katanya yang optimis jalinan kerjasama tiga gabungan parti, bakal membuahkan hasil jitu.

“Ini bukan slogan retorik biasa yang didengar sejak 50 tahun lalu. Kita dengar retorik memperdaya, memperkasa tetapi akhirnya bukan memperdaya tapi memperdaya wanita.

Anwar percaya, usaha mendekati golongan wanita di desa dan pedalaman bukan mustahil jika agenda Pakatan disampaikan secara jelas.

“Agenda kita ialah untuk memerdekakan, bukan membiar mereka sebagai kumpulan paling bergantung kepada pemberian, sedekah, kebajikan, BRIM dan kemudahan kecil.

“Sekarang dasar Umno BN membantu sedikit terutama di desa, Sabah dan Sarawak tetapi konsepnya jangan merdekakan mereka,” katanya.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....