SHAH ALAM 14 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim melontar cabaran kepada
Wanita Pakatan Rakyat supaya mendekati golongan wanita di pedalaman,
seterusnya meraih sokongan mereka.
Ketua Pembangkang itu meminta mereka menyediakan kertas kerja supaya
agenda dan pelaksanaan program yang mahu diperkenal, menjadi lebih
berkesan.
“Saya desak pimpinan Wanita Pakatan berikan blue print (kertas kerja)
untuk dipertimbang majlis pimpinan supaya ada program menembusi kawasan
desa.
“Kita tak banyak masa tetapi saya yakin dapat tembus sedikit lagi
terutama wanita desa,” katanya yang optimis jalinan kerjasama tiga
gabungan parti, bakal membuahkan hasil jitu.
“Ini
bukan slogan retorik biasa yang didengar sejak 50 tahun lalu. Kita
dengar retorik memperdaya, memperkasa tetapi akhirnya bukan memperdaya
tapi memperdaya wanita,” katanya disambut sorakan gamat pada pelancaran
Agenda Wanita Malaysia, malam tadi.
Program anjuran Pakatan Rakyat bertema Wanita Berdaya Negara
Sejahtera itu dihadiri kira-kira 2,000 orang di Kompleks Belia dan
Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam malam tadi.
Hadir sama ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden KEADILAN,
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu.
Setiap parti diwakili ketua wanita masing-masing iaitu Zuraida
Kamaruddin dari KEADILAN; Siti Zailah Mohd Yusof (PAS) dan Chong Eng
(DAP).
Anwar turut melontar cabaran kepada Wanita Pakatan supaya menyiapkan kertas kerja bagi mendekati golongan wanita di pedalaman.
Ketua
Pembangkang itu yakin agenda yang mahu diperkenalkan menjadi lebih
berkesan jika ada kertas kerja dalam merencana pelaksanaan program.
“Saya desak pimpinan Wanita Pakatan berikan blue print (kertas kerja) untuk dipertimbang majlis pimpinan supaya ada program menembusi kawasan desa.
“Kita tak banyak masa tetapi saya yakin dapat tembus sedikit lagi
terutama wanita desa,” katanya yang optimis jalinan kerjasama tiga
gabungan parti, bakal membuahkan hasil jitu.
“Ini bukan slogan retorik biasa yang didengar sejak 50 tahun lalu.
Kita dengar retorik memperdaya, memperkasa tetapi akhirnya bukan
memperdaya tapi memperdaya wanita.
Anwar percaya, usaha mendekati golongan wanita di desa dan pedalaman
bukan mustahil jika agenda Pakatan disampaikan secara jelas.
“Agenda kita ialah untuk memerdekakan, bukan membiar mereka sebagai
kumpulan paling bergantung kepada pemberian, sedekah, kebajikan, BRIM
dan kemudahan kecil.
“Sekarang dasar Umno BN membantu sedikit terutama di desa, Sabah dan
Sarawak tetapi konsepnya jangan merdekakan mereka,” katanya.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan