ALOR SETAR - PKR Kedah mempertikaikan peranan Perkasa, yang didakwa sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bebas politik berikutan pertubuhan itu sering mengganggu program anjuran Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusinya, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, pihaknya mempersoal fungsi Perkasa ditubuhkan kerana sering membuat kekecohan pada majlis anjuran PKR.
“Sebelum ini, Perkasa mengganggu program Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Sentosa, kali ini di kawasan Masjid di Seberang Pumpong. Mereka perlu hentikan provokasi seperti itu,” katanya.
Menurutnya, serangan demi serangan yang disifatkan tidak wajar berlaku di negeri bawah pemerintahan PR, oleh Perkasa yang berselindung di sebalik sebuah NGO wajar diperjelaskan.
“PKR bersedia mengadakan dialog dengan Perkasa untuk masing-masing memahami perjuangan dan prinsip yang dibawa,” katanya.
Wan Salleh kesal kerana NGO itu hanya ‘menyerang’ PR, sebaliknya menyokong Barisan Nasional (BN) dan bimbang jika pertubuhan itu menjadi alat propaganda BN.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan