Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 24 Mac 2012

PRU 13 : Presiden Pas Mengulas Hasrat PKR Bertanding Lebih Kerusi Di Terengganu

MARANG – Dalam reaksi pertamanya, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) perlu meletakkan calon yang benar-benar “berpengaruh dan layak” untuk membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita kena kaji dari segi politik, nak menang dengan rakyat, dan dengan jentera parti.“Oleh sebab itu, kita hendak meletakkan calon, kita akan melihat jentera parti, cawangan-cawangan parti dan kita kena lihat pengaruh calon mendaftar di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini.

Abdul Hadi mengulas mengenai hasrat PKR Terengganu baru-baru ini,  bahawa ia mahu bertanding di 11 bahagian Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan hasrat untuk bertanding di 11 kerusi  Dewan Undangan Negeri  dan tiga kerusi Parlimen dalam PRU13 dan hal tersebut dikatakan telah disepakati PKR peringkat negeri.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Terengganu ini berkata, dalam menghadapi pilihan raya, parti mesti meletakkan calon yang ada pengaruh, bukan setakat menurunkan calon-calon yang dikategorikan sebagai mereka dari ‘Somalia’.

“Mesti hendak calon yang ada berpengaruh, kita tidak boleh ambil calon dari Somalia untuk bertanding di sini, tak boleh.
“Kita ambil ambil calon tempatan yang ada pengaruhnya, yang partinya ada jenteranya, bagi yang tidak ada jenteranya tidak boleh berjalan,” kata beliau.

Pada PRU12, PKR meletakkan beberapa calon dari luar Terengganu. Pas dan PKR merupakan komponen PR. Satu lagi komponen ialah DAP.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa soal meletakkan calon bertanding pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini, akan berdasarkan kepada keperluan kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Pas sudah menentukan calon-calon yang akan bertanding kali ini,  Abdul Hadi berkata, Pas ada menerima beberapa nama bakal calon dari beberapa tempat, dari seluruh negara dan akan memutuskan calon terbaik, yang dapat memberi kemenangan, sekali gus memikul amanah.

Sehingga kini menurutnya, kerusi Pas adalah terbanyak ditentukan dalam Pakatan Rakyat.

“Dalam pilihan raya 2008 pun Pas tumpu negeri. Pas dapat 82 kerusi, Keadilan 40 kerusi menang, DAP 70 kerusi dan Pas memimpin tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Perak, DAP memimpin Pulau Pinang dan Keadilan memimpin Selangor,” katanya.

Beliau kemudiannya menegaskan, apa yang paling penting dalam PR adalah dapat melaksanakan mesej diperjuangkan dan tidak menjadi masalah bagi Pas jika calon PKR Terengganu bertanding di negeri itu sekiranya calon terbabit didapati layak.SH

2 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Elok sanagt kalau PAS Terengganu korbankan beberapa kerusi untuk PKR dan DAP jika Terengganu mahu maju seperti Pulau Pinang dan Selangor yang diperintah oleh PKR dan DAP.

Kelantan masih mundur walau 20 tahun diperintah PAS (Nik Aziz) air masih keroh, sampah menggunug, longkang tersumbat...

ajib berkata...

"air masih keroh, sampah menggunug, longkang tersumbat"
kluangman penah dok penang ka? nak lg maju bg republican btanding sama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....