KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan sudah
bersedia bertemu dengan pihak tertentu di mahkamah dalam isu ‘Tanah
Rizab Melayu Kelantan’ yang didakwa tergadai.
Ini kerana dakwaan tersebut jelas satu pembohongan, kata ADUN Bunut Payung yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.
“Dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu Kelantan tergadai adalah bohong sama sekali.
“Bahkan mereka cuba memutar belitkan fakta kepada rakyat jelata," kata beliau yang merupakan seorang peguam.
Mengulas isu terkini pada ceramah isu-isu pilihan di Pintu Geng, Dun Bunut Payung malam tadi, beliau menegaskan, “Dan lihatlah, kita jumpa di mahkamah.”
Turut berucap pada majlis itu Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Laporan media baru-baru ini memetik dakwaan Umno bahawa pemerintahan Kerajaan Kelantan selama 20 tahun telah menggadai tanah milik Melayu di negeri ini, yang terletak dalam Tanah Rizab Melayu, bahkan dijual kepada syarikat bukan Bumiputra atas nama pembangunan selain pajakan.
Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata dakwaan itu menunjukkan Umno ‘seolah-olah tidak faham’ tentang Tanah Rizab Melayu di Kelantan.
“Tapi sebenarnya mereka buat-buat tidak faham, bertujuan untuk mengelirukan rakyat Kelantan, bahawa seolah-olah Kerajaan Negeri telah menggadai Tanah Rizab Melayu," katanya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat berkata mengikut undang-undang negeri, Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930 tidak sama dengan Tanah Rizab Melayu di negeri lain termasuk Pahang, Perak, Perlis dan Johor.

Mengikut undang-undang , Tanah Rizab
Melayu di negeri lain bahawa semua tanah dalam negeri berkenaan “tidak
rizab Melayu”, melainkan beberapa tempat saja.
“Tetapi di Kelantan, semua tanah di Kelantan adalah Tanah Rizab Melayu, kecuali beberapa tempat.
“Ini bermakna, di Kelantan lebih banyak Tanah Rizab Melayu," katanya.
Mengikut
Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930, Tanah Rizab Melayu di
Kelantan adalah semua tanah di Kelantan, kecuali Daerah Batu Mengkebang,
Kuala Krai (Daerah Penggawa).
Daerah Galas, Gua Musang, Daerah
Temangan, Machang (kecuali Lot No. 183 sehingga Lot No. 193 dan juga 126
sehingga Lot No 223 Pekan Temangan).
Bahagian-bahagian di dalam Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Bandar Kota Bharu.
“Itu saja. Ini bermakna, sedikit di Kuala Krai (Batu Mengkebang) dan sedikit di Gua Musang.
“Yang
tidak menjadi Tanah Rizab Melayu ialah Daerah Galas saja dan di
Temangan, Machang (kecuali beberapa lot di mana tidak semua Daerah
Temangan itu bukan Tanah Rizab Melayu).
“Kesimpulannya, di
Kelantan ini Tanah Rizab Melayu adalah kira-kira 75 peratus, manakala
Tanah Tidak Rizab Melayu pula tidak lebih daripada 25 peratus," beritahu
beliau.
Beliau mengulas dakwaan Umno Tanah Rizab Melayu telah dijual kepada bukan Melayu.
“Bahawa di Kelantan ini, Undang-Undang Tanah adalah ‘unique’, berlainan dengan di tempat lain," jelasnya.
Mengulas
lanjut, Takiyuddin mendakwa sejak 1990 tidak pernah Kerajaan Pusat
tidak ‘menindas’ Kerajaan Negeri khususnya dari segi pembangunan dan
sumbangan kewangan yang ‘sepatutnya’ diberikan kepada Kerajaan Kelantan.
Namun
dalam urusan tanah, Kerajaan Negeri menggubal dasar bahwa mana-mana
syarikat yang hendak melabur di negeri ini tanpa mengira sama ada dari
syarikat Bumiputra atau bukan Bumiputra atau syarikat
‘setengah-setengah’ Bumiputra dengan bukan Bumiputra yang mahu melabur
di negeri ini adalah dialu-alukan.
Mengikut dasar negeri,
syarikat yang melabur di Kelantan mesti bekerjasama dengan syarikat
Kerajaan Negeri atau pun Badan-Badan Negeri termasuk Yayasan Islam
Kelantan (YIK), Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Perbadanan Kemajuan
Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan
(PMBK) dan Perbadanan Ladang Rakyat.
“Kita syaratkan bahawa
pelabur berkenaan mesti bekerjasama dengan syarikat dan agensi Kerajaan
Negeri selain memberi 30 peratus keuntungan kepada Kerajaan Negeri,
manakala 70 peratus kepada pelabur berkenaan.
“Dan tanah
berkenaan tidak pernah diberi oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat
pelabur, dan itu cara kerajaan kita, ianya tidak bercanggah dengan
undang-undang.
“Manakala taraf tanah pajakan berkenaan masih lagi ‘taraf Tanah Rizab Melayu’, tidak berubah,"terang beliau.
Sikap Kerajaan Negeri dalam isu tanah berbeza dengan Umno.
Beliau
mendakwa Umno bukan saja tidak ‘memberi tanah’ kepada bukan Bumiputra,
bahkan kepada Bumiputra pun Umno ‘memilih bulu’ sama ada berkaitan
dengan Pengerusi Perhubungan Umno atau Ketua Bahagian walau pun itu
berlaku sesama Umno.
Oleh itu, tegas Takiyyddin, dakwaan Umno
bahawa Tanah Rizab Melayu tergadai itu adalah bohong sama sekali, bahkan
cuba memutar belit fakta.
Kelantan negeri paling banyak
mempunyai Tanah Rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus
daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri.
Media
mendakwa status quo Tah Rizab Melayu di Kelantan yang selama ini
dilindungi Enakmen Tanah Kelantan 1930 kini semakin banyak tanah
berkenaan dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, dengan tempoh
pajakan mencecah 99 tahun.
Dakwaan itu menyebut ianya dilakukan
sejak 20 tahun lalu oleh kerajaan PAS Kelantan selepas mendapat
kelulusan daripada Exco bertanggungjawab, atas alasan pembangunan.
Menurut
dakwaan, antara kawasan terbabit ialah Tanah Rizab Melayu di tapak
projek Pembangunan Lembah Sireh, Bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir
Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, pusat beli-belah KB Mall, Tune Hotel
serta Ladang Rakyat.
Laporan itu menyebut semua Tanah Rizab
Melayu yang dipajak itu membabitkan ratusan hingga ribuan hektar yang
asalnya berstatus tanah pertanian dengan bayaran premium sangat rendah
seperti tanah seluas 400 hektar diluluskan kepada pemaju bukan
Bumiputera bagi membangunkan projek Lembah Sireh dengan bayaran premium
hanya RM1 juta sahaja.
Sementara itu Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa) baru-baru ini didakwa membuat laporan polis terhadap
‘Kerajaan Pas Kelantan’ mengenai dakwaan banyak tanah Rizab Melayu
didakwa terancam selepas dipajakkan kepada syarikat bukan Bumiputra.
Perkasa juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan