JOHOR BARU: PAS negeri mendedahkan ada syarikat pemaju yang membeli
tanah dengan harga lebih rendah di Iskandar Malaysia tetapi tidak
melabur di kawasan tersebut.
Syarikat itu membeli tanah kononnya untuk membuat pembangunan tetapi
sebaliknya telah menjualnya kepada syarikat lain untuk mendapatkan
keuntungan mudah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS, Zulkifli Ahmad mendedahkan perkara ini
berdasarkan pemantauan sejak tiga tahun lalu oleh pasukan petugas PAS
terhadap pembangunan di Iskandar Malaysia itu.
Modus operandi mereka ialah membeli tanah di kawasan tertentu tetapi
menjualnya kepada syarikat lain dengan harga lebih tinggi untuk mendapat
keuntungan.
“Bagi menampakkan mereka mahu melabur di Iskandar Malaysia, mereka
membuat pengumuman mengenai perkara tersebut di media-media massa.
“Tetapi yang sebenarnya tidak ada pelaburan, mereka cuma mahu keuntungan dari penjualan tanah,” katanya ketika dihubungi.
Iskandar Malaysia diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi pada 2005 meliputi beberapa daerah utama Johor
Pembangunan Iskandar Malaysia yang mengikut acuan Shenzen, China dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Ambil tanah melebihi keperluan
Zulkifli juga mendedahkan ada syarikat besar yang mengambil tanah
melebihi keperluan dan baki tanah itu dijualnya kepada syarikat lain.
Syarikat itu membeli tanah dengan harga RM1 sekaki tetapi menjual dengan harga RM10, kata beliau lagi.
“Ini yang berlaku dalam Iskandar Malaysia tetapi ramai yang tidak
mengetahuinya. Orang melihat semuanya bagus tetapi sebaliknya,”
Zulkifli.
Menurut beliau lagi, rakyat Singapura pula ghairah untuk membeli tanah rakyat Malaysia termasuk milik orang Melayu.
Katanya, sudah banyak orang Melayu yang menjual tanah mereka kepada
warga Singapura itu kerana menawarkan harga tinggi daripada pampasan
kerajaan.
Kerajaan menawarkan pampasan RM5 sekaki persegi tetapi pembeli warga Singapura itu mahu membayar RM7.
“Kalau orang Melayu tidak mahu kepada kaum Cina, mereka akan
menggunakan proksi orang Melayu untuk memancing supaya pemilik menjual
tanah mereka,” tambah Zulkifli.FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan