Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 23 Februari 2012

Video : Anak Mahathir Antara 40 Individu Terkaya Malaysia 2012

Anak Mahathir tersenarai ditangga ke 13 dari 40 individu terkaya di Malaysia 2012



Jumlah kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia susut tahun ini kesan daripada krisis kredit global dan kelemahan pasaran ekuiti.

Menurut Malaysian Business keluaran 16 Februari, jumlah aset 40 taikun itu secara kolektif, turun tujuh peratus daripada 206.37 bilion ringgit tahun lalu kepada 193.2 bilion ringgit sehingga 20 Januari 2012.

Meskipun dengan penurunan kekayaan 8 peratus Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok kekal terkaya dengan nilai aset RM45.7 bilion.

Disusuli taikun telekomunikasi Tan Sri T Ananda Krishnan dengan nilai aset RM42.99 bilion.Di tempat ketiga Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow RM12.64 bilion. Pengasas Kumpulan IOI pula pada kedudukan ke-4 dengan aset RM11.36 bilion.

Di tempat ke-lima Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan aset RM9.53 bilion.Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia pula kekal orang ke-6 terkaya asetnya RM 8 bilion.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah, ada jugak orang Melayu Islam yang kaya di Malaysia ni.
yang penting, cari rezeki secara halal dan berbelanja ke arah kebaikan
Dengan pengurusan yang baik, dapat mengelakkan kerugian seperti yang dialamai oleh kolilang dan bazar tok guru.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah ada gak melayu tersenarai.. Usah la kita dengki :D

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....