Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selaku anggota parti gabungan Pakatan Rakyat (PR), pihaknya menghormati keputusan dibuat PAS berhubung pemecatan itu dan pelantikan ke jawatan Exco perlu dilakukan kerana Dr Hasan kini bukan lagi mewakili PAS.
"Boleh jadi hari ini kita akan menerima beberapa keputusan yang dibuat oleh pihak PAS," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Seminar Kelestarian Pemuliharaan Sumber Air Dan Memperkasakan Pemakaian Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 di sini hari ini.
Selaku Menteri Besar, beliau akan meneliti nama calon dicadangkan dan membuat keputusan selepas persetujuan dicapai dan mengemukakannya kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diperkenankan.
Katanya, sebagai seorang yang tidak lagi mewakili sebarang parti, Dr Hasan sebagai 'gentlemen' perlu meletak jawatan kerana pelantikannya adalah berdasarkan kapasiti PAS.
"Sebagai Menteri Besar yang mewakili Pakatan Rakyat sudah tentulah saya hanya menerima mereka yang diterima dan dilantik atau dicadangkan oleh parti tersebut. Ini berlaku bukan saja untuk Pakatan Rakyat tetapi Barisan Nasional pun berlaku contohnya terjadi perubahan dari segi (pelantikan) Presiden MCA dan MIC.
"PAS telah meminta beliau meninggalkan parti dan itu keputusan telah dibuat. Jadi kalau itu berlaku kalau orang disuruh meninggalkan parti maka dia tidak mewakili partilah," katanya.
Abdul Khalid juga berkata, isu menggantikan Dr Hasan sebagai Exco juga tiada kaitan dengan prestasinya kerana dia dipecat oleh PAS.TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan