PETALING JAYA: Penggantungan sesi pelajaran pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim rata-rata dikecam
oleh komponen parti Pakatan Rakyat.Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar merangkap ahli Parlimen Lembah
Pantai mengkritik tindakan UPSI sebagai tindakan membudayakan ketakutan
di kalangan golongan muda.
“Tindakan menggantung pendidikan Adam Adli ini adalah tindakan yang
opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa
dari menyuarakan pandangan mereka.
“Kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil
haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya
ketakutan di kalangan orang muda.
Beliau berkata begitu di dalam satu kenyataan media berkaitan penggantungan sesi pendidikan Adam selama 18 bulan oleh UPSI.Adam merupakan tokoh pelajar yang menurunkankan bendera potret
presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ketika protes mahasiswa
menuntut kebebasan akademik.
Merendahkan maruah UPSI
Nurul turut menuduh jawatankuasa disiplin universiti tersebut
merendahkan maruah UPSI dengan mengenakan hukuman berat kepada Adam.
“Sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib
diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam,
dan bersuara dengan lantang. Di manakah mahasiswa mampu mengalami ruang
sebegini jika bukan di universiti?
“Maka secara implikasinya, jawatankuasa disiplin yang telah
menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalamlah yang sebenarnya merendahkan
maruah dan nama UPSI itu sendiri, yang mempunyai sejarah yang begitu
dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan
sejak sebelum Malaysia mengecapi kemerdekaan.”
Sementara itu Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang menyifatkan alasan
hukuman terhadap Adam sebagai “tidak benar, menindas dan bersifat kolot.
`Si pemprotes’
Bendahari DAPSY Pulau Pinang Steven Sim Chee Keong, berkata: “Di masa
dunia mengakui peranan “Si Pemprotes” sebagai pemacu pembaharuan sosial
seperti di negara-negara Timur Tengah dan Afrika di mana orang awam
yang rata-ratanya anak muda seperti Adam Adli telah melumpuh dan
menumpaskan rejim-rejim kuku besi di negara mereka.
“Hanya rejim kuku besi sahaja yang akan takut dan mengambil
pendekatan menghukum terhadap tindakan protes aman seperti yang
dilakukan oleh Adam Adli dan rakan-rakan.
“Tindakan pihak universiti menghukum Adam Adli sebenarnya telah
mencemar nama baik institusi pengajian tinggi yang tertua di Malaysia
tersebut, dengan para alumninya seperti Ibrahim Yaacob dan (Zainal
Abidin Ahmad yang lebih terkenal sebagai) Pendita Za’ba yang begitu
lantang mengemukakan kritikan terhadap kezaliman dan kepincangan semasa,
termasuk terhadap pihak pemerintah,” tambah beliau.
DAPSY Pulau Pinang turut menggesa UPSI menarik balik keputusan
tersebut dan membebaskan institusi pendidikan negara daripada cengkaman
politik partisan yang sempit dan hanya berpihak kepada pemerintah tanpa
kritis.
Sementara itu, timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berharap Adam akan membuat rayuan terhadap penggantungan tersebut.“Tindakan demonstrasi pelajar ini aktiviti biasa saja. Jadi saya harap dia akan buat rayuan.”FMT
1 ulasan:
Adam dan rakan2 berjuang utk satu kebebasan akademik yang akan dimanfaatkan olih semua warga pelajar dan tenaga pengajar.
Apakah kebebasan akademik ini tak diperlukan olih Institusi pengajian tinggi?
Setakat kini Adam tidak dikenakan sebarang tindakan undang2 tetapi UPSI mendahuluinya. Kenapa?
Apakah Adam dan kawan2nya menjatuhkan maruah UPSI?
Dalam hal ini sebenarnya maruah UPSI adalah didalam longkang najis.
Adam digantung kerana memperjuangkan hak semua warga universiti! Adam berani kedepan untuk mengganti tenaga pengajar yg penakut dan pengampu.
Yang paling bermaruah di UPSI sekarang adalah Adam dan rakan2nya.
Yang tak bermaruah sekarang adalah Jawatankuasa disiplin UPSI.
Catat Ulasan