Hata Wahari menyerahkan replika borang menyertai DAP kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Hata Wahari, bekas wartawan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, hari ini sah menyertai DAP. Beliau juga adalah bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).Hata, 42, berkata bahawa sudah tiba masanya untuk beliau menyatakan kesediaan berpihak kepada DAP yang selama ini ditohmah dan difitnah dengan hebat oleh media arus perdana yang dikawal pihak kerajaan.
Beliau
melihat misinya adalah untuk menerangkan kepada umum bahawa persepsi
yang dimainkan UMNO-BN selama ini adalah tidak tepat sama sekali.Hata menyerahkan borang keahliannya kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Semakin
ramai cerdik pandai Melayu menyertai DAP baru-baru ini termasuk bekas
ADUN Pulau Manis, Datuk Ariff Sabri yang popular dengan blognya,
SakmongkolAK47, blogger Aspan Alias yang juga bekas veteran UMNO serta
tokoh akademik Prof Dr Ariffin Omar.
“Saya
percaya DAP dan Pakatan Rakyat, jika memenangi Putrajaya, akan dapat
menghapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan memperkenalkan Akta
Kebebasan Maklumat, untuk mewujudkan kebebasan media di Malaysia,”
katanya kepada Roketkini.
Beliau
menjelaskan bahawa sebab utama beliau menyertai DAP ialah kerana beliau
percaya DAP mampu membawa negara ke jalan yang lebih baik berdasarkan
prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.Beliau
mengakui bahawa Utusan yang pernah menjadi majikannya memang sengaja
mahu memaparkan DAP sebagai parti yang bersifat perkauman kerana itu
adalah agenda dan mainan politik UMNO.
Guan
Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan, dengan
penyertaan Hatta, diharap wartawan kanan itu dapat membantu menjana satu
perubahan minda dan perubahan gerak kerja kerajaan dalam DAP dan juga
Pakatan Rakyat.
“(Berdasarkan
pengalamannya) beliau telah pun membuat pengorbanan demi menegakkan
prinsip-prinsip kebebasan maklumat, kebebasan akhbar dan juga kebebasan
untuk berfikir dan berucap,” katanya.DAP
tidak membuat sebarang perjanjian atau menawarkan apa-apa jawatan
untuk Hata yang berikrar membantu perjuangan menyebarkan amalan
demokrasi dan keadilan social di semua peringkat masyarakat. –
Roketkini.com.
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Memang satu tamparan buat Umno.Semakin
mereka menuduh DAP parti pelampau Cina yang anti melayu,melalui media2
mereka terutama utusan dan TV3 semakin ramai orang melayu yang menyertai
DAP.
Selepas dua orang kuat Umno,kini orang kuat media mereka pencacai mereka pula yang berpaling tadah.Bukan sertai Pas,bukan sertai PKR tapi sertai DAP yang amat dibenci Umno dengan berbagai tohmahan dan cacian.
Akhirnya hayati kenyataan ini :
Dalam PAS, ada Melayu, India dan Cina(Dewan Himpunan Penyokong PAS).
Dalam PKR ada Melayu, India dan Cina.
Dalam DAP ada Cina, India, Melayu dan Singh..
Dalam UMNO ada Melayu Mamak.
Dalam MCA ada Cina.
Dalam MIC ada India..
Yang mana mirip 1 Malaysia? Yang mana parti perkauman?
Sukarkah untuk membuat pilihan?Fikir fikirkanlah...
Dalam PKR ada Melayu, India dan Cina.
Dalam DAP ada Cina, India, Melayu dan Singh..
Dalam UMNO ada Melayu Mamak.
Dalam MCA ada Cina.
Dalam MIC ada India..
Yang mana mirip 1 Malaysia? Yang mana parti perkauman?
Sukarkah untuk membuat pilihan?Fikir fikirkanlah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan