Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada
DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih
perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin
atasan Umno.
Ibrahim Ali tidak
menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa
berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang
jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini
menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat
"Ramai yang merasa jijik
dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama
sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat yang projek bernilai
RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga
kepentingan awam. Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang
menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih.
Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat,
sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga
Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.
Jaguh palsu
Ibrahim
Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh 'palsu' Orang Melayu. Cuba
mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak
mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang
Melayu tanpa rasa takut.
"Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz
tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri
jika Pakatan menang pilihan raya akan datang," katanya kepada Utusan
pada hari Khamis.
"Dan jika Hadi menjadi PM, maka PAS boleh
mewujudkan sebuah negara Islam dan undang-undang hudud. Oleh itu, tidak
ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa kita tidak mampu untuk
melaksanakan hukum hudud."
Penganalisis politik berkata, walaupun
Hadi menjadi PM, untuk sebuah negara Islam melaksanakan undang-undang
hudud, pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya
boleh diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Walaubagaimanapun, Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas, gagal menyebut
fakta ini.
Rasuah yang nyata tetapi isu tidak diperbesarkan
Menurut
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apabila ada isu yang melibatkan
rasuah golongan elit Umno, Ibrahim tidak akan kelihatan. Beliau akan
sama ada secara senyap mengalih perhatian kepada isu lain. Itu tidak
akan membantu masyarakat Melayu, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Mereka
menegaskan bahawa dalam kes NFC, yang merupakan satu projek kebangsaan
untuk memastikan harga munasabah bagi bekalan daging lembu melalui
projek RM250 juta menggunakan dana awam; mereka yang menanggung
kerugian terbesar adalah orang Melayu. Mereka membentuk kira-kira 60%
daripada penduduk manakala daging lembu adalah sumber protein alternatif
utama bagi mereka selain daripada ayam dan ikan. Daging babi adalah
haram disisi Islam.
Seperti semua rakyat Malaysia yang telah
merasai kesan daripada harga makanan yang sering naik, orang Melayu
pula malangnya membentuk majoriti dariapa pekerja-pekerja berpendapatan
rendah di negara. Alangkahkah peritnya berita yang mereka harus telan
mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang didakwa
menyalahgunakan kedudukannya untuk projek NFC. Walaubagaimanapun,
seperti dalam laporan Ketua Audit Negara, projek tersebut adalah dalam
"keadaan kucar-kacir" dan jauh daripada sasaran.
Pemimpin PKR
telah menuduh keluarga Shahrizat menyalahgunakan RM83 juta daripada
projek itu, dan membelanjakan RM10 juta untuk membeli kondo mewah di
Bangsar dan RM800, 000 untuk membiayai perjalanan keluarga. Namun,
Ibrahim Ali dan lain-lain 'pembela' hak Melayu terus senyap dan
memekakkan telinga.
"Sekurang-kurangnya, kita harapkan mereka
untuk menuntut siasatan penuh oleh SPRM. Sahlah bahawa Perkasa hanya
berfungsi untuk mempertahankan golongan elit Umno dan mereka yang
berada di akar umbi Umno tidak akan terkesan oleh kegagalan projek ini.
Setiap kali satu projek nasional gagal, kita semua menjadi semakin
miskin, kecuali mereka yang melakukan rompakan tersebut. Mereka akan
menjadi lebih kaya, " tegas Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada
Malaysia Chronicle.
Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan