PETALING JAYA – Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk
Zaid Ibrahim mahu bertanding merebut kerusi Parlimen di Selangor pada
PRU13.Beliau memberi fokus pada kawasan Petaling Jaya.
“Saya belum buat keputusan muktamad sama ada Petaling Jaya Selatan (PJS), atau Petaling Jaya Utara (PJU),” katanya.Zaid bagaimanapun me-ngakui, tumpuannya kini lebih pada PJS.
Kerusi PJS kini disandang Hee Loy Sian daripada PKR yang mengalahkan Datuk Donald Lim Siang Chai (BN) dengan majoriti sebanyak 5,706 undi di mana Loy Sian memperolehi 28,598 undi berbanding lawannya, hanya 22,892 undi.
Jika Zaid jadi bertanding di situ, selain PKR yang sudah pasti mengekalkan calonnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga dikatakan turut berminat meletakkan calon mereka. BN juga tentu tidak ketinggalan yang mana sebelum dirampas pembangkang, parti itu berjaya mengungguli kawasan tersebut selama beberapa penggal.
Zaid memilih PJS selain bersandar alasan sudah biasa dengan kawasan itu, faktor pecahan kaum dan permasalahan rakyat yang belum terbela boleh menjadi dasar perjua-ngannya untuk rakyat kawasan itu, serta memberinya peluang untuk menang.
Menurutnya, tidak mustahil parti Kita akan mendapat tempat dan menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya akan datang kerana parti itu memberi peluang kepada rakyat melakukan perubahan terutama bagi mereka yang inginkan perubahan dan demokrasi sebenar.

“Berdasarkan rekod PRU12, kemenangan PKR kerana rakyat menolak Umno dan kini rakyat tidak puas hati dengan pemerintahan mereka.“Tidak mustahil, Kita akan mendapat merebut banyak kerusi Parlimen dan Dun disebabkan itu,” katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ita kini telah
mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi untuk meletakkan calonnya
seluruh negara.
“Walaupun Kita parti baru tetapi kita sudah ada calon boleh menang yang
boleh mengutarakan pandangan, memperjuangkan masalah rakyat dan
berani.
“Selain itu, salah satu pendekatan Kita ialah memberi fokus kawasan di
mana rakyat tidak puas hati dengan wakil rakyat di kawasannya, wakil
rakyat tidak berprestasi dan lain- lain. Ini yang Kita beri tumpuan,”
katanya.
Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat memilih parti Kita kerana Kita
merupakan parti politik alternatif terbaik untuk rakyat di mana Pakatan
Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, Pas dan DAP sudah tidak mampu
lagi menjadi parti alternatif untuk rakyat kerana antara mereka
mempunyai agenda serta prinsip perjuangan yang berbeza.
“Kita akan meletakkan ramai calon untuk bertanding dalam PRU13 kerana
Kita mahu menjadi parti pemerintah dan bukannya parti pengacau,”
katanya.SH
ULASAN TINTA HIJAU DKB
ULASAN TINTA HIJAU DKB
1 ulasan:
Kah..kah..kah!! Zaid..zaid..udah le tu..kamu nk bertanding kt PJ??? Baik simpan je la duit kau tu,kalu kau nak rasa duit tu hilang deposit,baik sedekah kat aku.!!
Catat Ulasan