Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 20 Oktober 2011

Ong Tee Kiat Masuk PKR ?

Blog STOP THE LIES mendakwa pejabat Ong Tee Kiat di Pandan Jaya telah menurunkan simbol-simbol Barisan Nasional dan MCA selain gambar-gambar pemimpin dan anggota MCA. Tindakan tersebut disifatkan sebagai petunjuk bahawa Ong Tee Kiat akan berpindah daripada MCA ke PKR.
Dikatakan, Ong Tee Kiat telah bertemu ramai pemimpin PKR khususnya Anwar Ibrahim dalam merundingkan penghijrahannya itu. Ong Tee Kiat pada masa yang sama, mendakwa mendapat banyak SMS daripada para penyokongnya yang mendesak agar dia keluar dari MCA dan menyertai PKR.

Sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut, Ong Tee Kiat merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional pada 2008 yang terselamat di kerusi Parlimen Pandan. Dua DUN dalam Parlimen Pandan iaitu Cempaka dan Teratai, masing-masing dimiliki oleh PAS dan DAP.

Seandainya benar sebagaimana dakwaan tersebut, Pandan akan menjadi medan yang sangat hebat terutama sekali selepas wujud desakan agar UMNO Pandan mengambilalih dan bertanding di Kerusi Parlimen Pandan walaupun pada masa yang sama, bertanding di DUN Cempaka.

Baik MCA Pandan mahupun UMNO Pandan, kedua-duanya mempunyai masalah yang tersendiri. Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua parti masih belum menggerakkan jentera pilihanraya dan berkempen untuk merampas kembali DUN Teratai dan DUN Cempaka di Parlimen terbabit.

Sebaliknya, yang menjadi tumpuan adalah Ong Tee Kiat-Chua Soi Lek, UMNO-MCA dan permainan dalaman yang merugikan Barisan Nasional secara keseluruhannya di kawasan terbabit.

Dan tidak dinafikan sama sekali, Ong Tee Kiat mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Pandan, khususnya yang bergerak menerusi NGO-NGO dan bukannya MCA di sana. Kalau benarlah Ong Tee Kiat akan berhijrah ke PKR, bermakna MCA perlu bekerja jauh lebih kuat untuk mengembalikan sokongan kepada parti itu di Pandan dan Ampang, khususnya!



Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....