KUALA LUMPUR, 20 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sehingga siasatan ke atas
beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan
Selangor minggu lalu.Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam.
Aziz (gambar) ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan perkara itu.“Saya serahkan kepada peguam saya,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, peguamnya Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan bahawa
selain digantung tugas, Aziz juga dilarang berada di UIA dan berhubung
dengan mana-mana kakitangan dan mana-mana pihak yang ada kepentingan
dengan universiti itu.
“Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga
inkuiri selesai dijalankan,” kata beliau sambil menambah Aziz dikenakan
tuduhan mengeluarkan satu kenyataan, yang dibawa oleh portal
MalaysiaKini, didakwa telah memudaratkan nama baik dasar UIA.Tuduhan itu dikenakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti.
“Saya difahamkan ini kali ketiga Prof Aziz Bari diberikan surat tunjuk sebab,” kata Dzulkarnain lagi.Bagaimanapun difahamkan ini kali pertama beliau dilarang menjejaki kaki di kampus UIA.
“Dua surat sebelum ini, Prof Aziz Bari sendiri yang jawab, jadi saya
tidak pasti sama ada digantung tugas atas tidak,” kata peguam itu yang
semalam mengiringi pakar perlembagaan itu ketika disoal siasat oleh
polis di bawah Akta Hasutan di Shah Alam.
Menurut Dzulkarnain, pensyarah itu diberi tempoh sehingga pukul 4
petang 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan
semalam.“Prof Aziz akan menjawab surat tunjuk sebab dalam waktu terdekat,” kata beliau lagi.
Semalam, polis memulakan siasatan ke atas Aziz mengikut Akta Hasutan
berikutan laporan pemimpin Umno Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober
lalu.Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.Isnin lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyoal siasat Aziz.
Aziz sebelum ini dipetik berkata tindakan Sultan Selangor campur
tangan dalam isu pemeriksaan gereja terbabit pada 3 Ogos lalu bukan
tindakan lazim.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak
untuk campur tangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran
Islam.
Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz sehari kemudian menjelaskan
bahawa Akta Hasutan memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan
mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan
institusi itu.
Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis
pertubuhan bukan kerajaan tampil membuat laporan serentak dengan
mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu.
Sultan Selangor sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung
dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah
orang Islam di negeri itu.
Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya
dibuktikan hasil siasatan Jais tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil
tindakan undang-undang.
Ditanya sama ada syarat-syarat yang dikenakan ke atas Aziz terlalu
keras, Dzulkarnain berkata, “ya, saya rasa syarat-syarat seperti ini
tidak perlu. Beliau tidak mengganggu sesiapa.. ini bukan kes gangguan
seksual.”
“Lagi pun beliau ada pelajar-pelajar yang hendak diselia, ada kuliah, ada kelas untuk disampaikan,” katanya lagi.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan