KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II
bersambung semula hari ini selepas ditangguhkan sebanyak dua
kali.Perbicaraan itu yang kini memasuki peringkat penggulungan
sepatutnya
bersambung pada 8 dan 9 Disember lepas tetapi ditangguhkan ke 12 dan 13
Disember.
Sebelum itu, ia sepatutnya mula bersambung semula pada 23 dan 24 November tetapi ia ditangguhkan ke 12 dan 13 Disember.Menurut
peguam Anwar, Sankara Nair, perbicaraan itu ditangguhkan kerana peguam
Anwar memerlukan lebih masa untuk menterjemah transkrip pakar yang
mengandungi istilah-istilah perubatan.
“Ada banyak perkataan dan jargon
saintifik berkaitan kesihatan dalam
keterangan pakar yang memerlukan masa untuk penterjemahan,” kata
Sankara.Penggulungan hari ini dijangka akan dimulakan oleh pasukan
peguam
bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia kemudian diikuti
oleh penggulungan dari pasukan pendakwa raya.Pendakwa raya sebelum ini
memanggil 27 saksi dan peguam bela pula memanggil tujuh saksi, termasuk
Anwar sendiri :
5.07 petang: Peguam Karpal Singh mohon mahkamah
disambung pada jam 1.30 petang esok kerana Ahli Parlimen perlu
menghadiri upacara angkat sumpah Yang Di Pertuan Agung yang baru. Hakim
Zabidin bersetuju dan mahkamah akan bersidang semula jam 1.30 petang
esok.
3.35 petang: Peguam Ramkarpal Singh sekarang mengambil tempat untuk menggulung hujah.
3.25 petang: Sankara percaya Najib terlibat dalam
kes Fitnah II dan menyifatkan penglibatan Najib amat jelas kerana ‘cap
jari beliau kelihatan di mana-mana sahaja di dalam kes ini.’
“Pertama, pertemuan di antara Najib dan tertuduh. Kedua, kenyataan
Najib yang bercanggah sepanjang perbicaraan berlangsung,” kata Sankara
yang turut mempertikai keengganan Najib dan Datin Seri Rosmah untuk
hadir di mahkamah.
“Jika mereka tiada apa-apa untuk disorok, kenapa ketepi sapina,” kata
Sankara yang juga mempertikai penglibatan bekas Ketua Polis Melaka,
Datuk Rodhwan Yusof dalam kes ini.
“Atas kapasiti apa Rodhwan berjumpa Saiful? Beliau tidak ada urusan dalam kes ini,” katanya.
3.15 petang:
Sankara percaya Saiful tidak pernah berada di dalam kondominium tempat
kejadian didakwa berlaku. Malah, pendakwa raya juga gagal membuktikan
Saiful berada di tempat kejadian.
“Apa yang pendakwa raya ada cuma rakaman CCTV yang tidak jelas,” kata
Sankara yang menyatakan bukti cecair pelincir KY Jelly juga tidak boleh
diguna pakai dalam kes ini.
“Bukti KY Jelly tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah langsung diuji,” kata Sankara.
2.44 petang: Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong tiba di galeri awam mahkamah.
2.40 petang: Sankara percaya jeli pelincir KY yang
dibawa ke dalam kes ini oleh polis adalah satu penipuan (hoax). Ia
diperkenalkan agar konspirasi fitnah ini lebih tersusun memandangkan
pemeriksaan klinikal mendapati tiada koyakan atau trauma pada dubur
Saiful.
Justeru, jika kejadian liwat yang difitnah itu kononnya berlaku
dengan bantuan pelincir, maka konspirasi fitnah ini akan kelihatan lebih
masuk akal, kata Sankara.
2.28 petang: Sankara mempertikai kesaksian pegawai
penyiasat, DSP Jude Pereira mengendalikan siasatan kes Fitnah II. Beliau
memfokus kepada pengendalian barang bukti oleh Jude Pereira yang
bercanggah dengan Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).
Jude sebelum ini mengaku tidak mengendalikan barang bukti dengan
teliti apabila menyimpan calitan putik kapas daripada tubuh Saiful pada
suhu bilik dan bukan dalam peti sejuk
2.21 petang: Saiful juga menipu apabila mendakwa
pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat, kata
Sankara. Menurutnya, jika benar ia dikunci rapat, siapakah yang
menghidang kopi dan karipap yang didakwa dimakan Saiful dan Anwar
selepas kejadian yang difitnah didakwa berlaku.
“Bagaimana karipap dan kopi boleh ada di dalam unit itu, jika benar
pintu kondominium ditutup dan dikunci rapat seperti didakwa Saiful,”
kata Sankara yang yakin Saiful mereka-reka cerita ‘luar biasa’ apabila
mengaku mendapat nombor Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu
mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk
Seri Najib Razak.“Mustahil TPM tiada nombor Ketua Polis Negara,” kata Sankara.
2.11 petang: Mahkamah bersidang semula. Sankara
menggulung hujah bagi pasukan peguam bela. Dalam penggulungannya,
Sankara menyifatkan Saiful sebagai seorang penipu besar.
Beliau mengambil contoh pengakuan Saiful yang mendakwa beliau tidak
diperiksa sepenuhnya oleh Dr Mohd Osman sedangkan keterangan Dr Osman
menyatakan beliau memeriksa Saiful sepenuhnya.
12.53 tengah hari: Mahkamah ditangguh ke jam 2 petang
12.51 tengah hari: Karpal selesai menggulung hujah
selepas berhujah selama 44 minit. Beliau mendesak mahkamah memanggil
semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan penuduh Saiful Bukhari
bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil.
12.30 tengah hari: Persoalan kedua yang perlu diberi
perhatian oleh Hakim Zabidin, kata Karpal, adalah keterangan pembelaan
yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh. Menurutnya, ia perlu diambil
kira dalam penghakiman kerana ia mengandungi rujukan terhadap
bukti-bukti yang dibentangkan di mahkamah sepanjang perbicaraan.
12.43 tengah hari: Karpal menyifatkan Saiful ibarat
seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan yang kononnya datang
daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat. Menurutnya, Saiful
mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat
demikian. Justeru, mahkamah perlu mengkaji semula kredibiliti Saiful
sebagai saksi, kata Karpal.
“Kredibiliti SP1 (Saiful Bukhari) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia amat penting dalam keseluruhan kes,” kata Karpal.
12.25 tengah hari: Karpal turut menarik perhatian
mahkamah kepada Saiful yang berulang kali memfitnah kononnya beliau
diliwat secara paksa namun, kata Karpal, keterangan beliau di mahkamah
membuktikan sebaliknya.
Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat, kononnya kejadian berlaku untuk menyelamatkan diri, katanya.
12.17 tengah hari :
Karpal berkata antara persoalan utama yang perlu diambil kira Hakim
Zabidin dalam penghakimannnya kelak adalah kesaksian tertuduh, Saiful
Bukhari Azlan. Ini kerana, saksi kedua pembela, Dr Mohd Osman Abdul
Hamid mengesahkan Saiful pernah memasukkan objek plastik keras ke
duburnya sendiri.
12.10 tengah hari: Peguam Karpal Singh memulakan
hujah penggulungan. Menurutnya, ulasan Najib terhadap keterangan Anwar
dari kandang tertuduh pada Perhimpunan Agung Umno lalu adalah campur
tangan berat terhadap proses keadilan. Najib, kata Karpal, perlu didakwa
kerana menghina mahkamah.
12.07 tengah hari: Mahkamah mula bersidang.
12.04 tengah hari: Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di galeri awam mahkamah. Mahkamah padat dengan orang ramai.
11.55 pagi: Galeri awam hampir penuh dengan wartawan, ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dan orang awam.
11.50 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di
mahkamah dengan pakaiaan lengkap Parlimen diiringi Presiden KEADILAN,
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut tiba pada masa yang sama adalah
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau,
Yusmadi Yusoff; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Ahli Parlimen Sungai
Petani, Johari Abdul. Tiba lebih awal adalah Pengarah Biro Guaman
KEADILAN, Latheefa Koya, dan Naib Presiden N Surendran.Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan