Isnin, 12 Disember 2011

Kronologi Penuh Perbicaraan Kes Liwat DS Anwar 12/12/2011

KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II bersambung semula hari ini selepas ditangguhkan sebanyak dua kali.Perbicaraan itu yang kini memasuki peringkat penggulungan sepatutnya bersambung pada 8 dan 9 Disember lepas tetapi ditangguhkan ke 12 dan 13 Disember.

Sebelum itu, ia sepatutnya mula bersambung semula pada 23 dan 24 November tetapi ia ditangguhkan ke 12 dan 13 Disember.Menurut peguam Anwar, Sankara Nair, perbicaraan itu ditangguhkan kerana peguam Anwar memerlukan lebih masa untuk menterjemah transkrip pakar yang mengandungi istilah-istilah perubatan.

“Ada banyak perkataan dan jargon saintifik berkaitan kesihatan dalam keterangan pakar yang memerlukan masa untuk penterjemahan,” kata Sankara.Penggulungan hari ini dijangka akan dimulakan oleh pasukan peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia kemudian diikuti oleh penggulungan dari pasukan pendakwa raya.Pendakwa raya sebelum ini memanggil 27 saksi dan peguam bela pula memanggil tujuh saksi, termasuk Anwar sendiri :

5.07 petang: Peguam Karpal Singh mohon mahkamah disambung pada jam 1.30 petang esok kerana Ahli Parlimen perlu menghadiri upacara angkat sumpah Yang Di Pertuan Agung yang baru. Hakim Zabidin bersetuju dan mahkamah akan bersidang semula jam 1.30 petang esok.

3.35 petang: Peguam Ramkarpal Singh sekarang mengambil tempat untuk menggulung hujah.

3.25 petang: Sankara percaya Najib terlibat dalam kes Fitnah II dan menyifatkan penglibatan Najib amat jelas kerana ‘cap jari beliau kelihatan di mana-mana sahaja di dalam kes ini.’
“Pertama, pertemuan di antara Najib dan tertuduh. Kedua, kenyataan Najib yang bercanggah sepanjang perbicaraan berlangsung,” kata Sankara yang turut mempertikai keengganan Najib dan Datin Seri Rosmah untuk hadir di mahkamah.

“Jika mereka tiada apa-apa untuk disorok, kenapa ketepi sapina,” kata Sankara yang juga mempertikai penglibatan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof dalam kes ini.
“Atas kapasiti apa Rodhwan berjumpa Saiful? Beliau tidak ada urusan dalam kes ini,” katanya.
3.15 petang: Sankara percaya Saiful tidak pernah berada di dalam kondominium tempat kejadian didakwa berlaku. Malah, pendakwa raya juga gagal membuktikan Saiful berada di tempat kejadian.
“Apa yang pendakwa raya ada cuma rakaman CCTV yang tidak jelas,” kata Sankara yang menyatakan bukti cecair pelincir KY Jelly juga tidak boleh diguna pakai dalam kes ini.
“Bukti KY Jelly tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah langsung diuji,” kata Sankara.

2.44 petang: Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong tiba di galeri awam mahkamah.
2.40 petang: Sankara percaya jeli pelincir KY yang dibawa ke dalam kes ini oleh polis adalah satu penipuan (hoax). Ia diperkenalkan agar konspirasi fitnah ini lebih tersusun memandangkan pemeriksaan klinikal mendapati tiada koyakan atau trauma pada dubur Saiful.

Justeru, jika kejadian liwat yang difitnah itu kononnya berlaku dengan bantuan pelincir, maka konspirasi fitnah ini akan kelihatan lebih masuk akal, kata Sankara.

2.28 petang: Sankara mempertikai kesaksian pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira mengendalikan siasatan kes Fitnah II. Beliau memfokus kepada pengendalian barang bukti oleh Jude Pereira yang bercanggah dengan Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Jude sebelum ini mengaku tidak mengendalikan barang bukti dengan teliti apabila menyimpan calitan putik kapas daripada tubuh Saiful pada suhu bilik dan bukan dalam peti sejuk

2.21 petang: Saiful juga menipu apabila mendakwa pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat, kata Sankara. Menurutnya, jika benar ia dikunci rapat, siapakah yang menghidang kopi dan karipap yang didakwa dimakan Saiful dan Anwar selepas kejadian yang difitnah didakwa berlaku.

“Bagaimana karipap dan kopi boleh ada di dalam unit itu, jika benar pintu kondominium ditutup dan dikunci rapat seperti didakwa Saiful,” kata Sankara yang yakin Saiful mereka-reka cerita ‘luar biasa’ apabila mengaku mendapat nombor Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.“Mustahil TPM tiada nombor Ketua Polis Negara,” kata Sankara.

2.11 petang: Mahkamah bersidang semula. Sankara menggulung hujah bagi pasukan peguam bela. Dalam penggulungannya, Sankara menyifatkan Saiful sebagai seorang penipu besar.
Beliau mengambil contoh pengakuan Saiful yang mendakwa beliau tidak diperiksa sepenuhnya oleh Dr Mohd Osman sedangkan keterangan Dr Osman menyatakan beliau memeriksa Saiful sepenuhnya.

 12.53 tengah hari: Mahkamah ditangguh ke jam 2 petang

12.51 tengah hari: Karpal selesai menggulung hujah selepas berhujah selama 44 minit. Beliau mendesak mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan penuduh Saiful Bukhari bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil.
12.30 tengah hari: Persoalan kedua yang perlu diberi perhatian oleh Hakim Zabidin, kata  Karpal, adalah keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh. Menurutnya, ia perlu diambil kira dalam penghakiman kerana ia mengandungi  rujukan terhadap bukti-bukti yang dibentangkan di mahkamah sepanjang  perbicaraan.

12.43 tengah hari: Karpal menyifatkan Saiful ibarat seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan yang kononnya datang daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat. Menurutnya, Saiful mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian. Justeru, mahkamah perlu mengkaji semula kredibiliti Saiful sebagai saksi, kata Karpal.

“Kredibiliti SP1 (Saiful Bukhari) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia  amat penting dalam keseluruhan kes,” kata Karpal.

12.25 tengah hari: Karpal turut menarik perhatian mahkamah kepada Saiful yang berulang kali memfitnah kononnya beliau diliwat secara paksa namun, kata Karpal, keterangan beliau di mahkamah membuktikan sebaliknya.

Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat, kononnya kejadian berlaku untuk menyelamatkan diri, katanya.

12.17  tengah hari : Karpal berkata antara persoalan utama yang perlu diambil kira Hakim Zabidin dalam penghakimannnya kelak adalah kesaksian tertuduh, Saiful Bukhari Azlan. Ini kerana, saksi kedua pembela, Dr Mohd Osman Abdul Hamid mengesahkan Saiful pernah memasukkan objek plastik keras ke duburnya sendiri.

12.10 tengah hari: Peguam Karpal Singh memulakan hujah penggulungan. Menurutnya, ulasan Najib terhadap keterangan Anwar dari kandang tertuduh pada Perhimpunan Agung Umno lalu adalah campur tangan berat terhadap proses keadilan. Najib, kata Karpal, perlu didakwa kerana menghina mahkamah.

12.07 tengah hari: Mahkamah mula bersidang.

12.04 tengah hari: Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di galeri awam mahkamah. Mahkamah padat dengan orang ramai.

11.55 pagi: Galeri awam hampir penuh dengan wartawan, ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dan orang awam.

11.50 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah dengan pakaiaan lengkap Parlimen diiringi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut tiba pada masa yang sama adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Tiba lebih awal adalah Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, dan Naib Presiden N Surendran.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan