Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 21 Disember 2011

Kenyataan Media Terkini Ust Nasharuddin Mat Isa

“Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan,” tegas AJK PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa (gambar).

“Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, beliau menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.

Katanya, dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga.

“Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Bachok.

Justeru, jelas Nasharudin lagi, dakwaan kononnya beliau ‘terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno’ adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas.

Menurutnya, sepanjang pembabitannya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah beliau ungkapkan bahawa akan menyertai Umno.

Justeru, ujarnya buat kesekian kalinya beliau menegaskan bahawa tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.

“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.

“Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS,” jelasnya lagi.Hrkh

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak terperangkap pasal apa tak nak hadir mesyuarat AJK? Ni pasal tak sedar makan umpan le ni. Sekali disentap mata pancing, baru nak sedar.

hussin berkata...

dunia dakwah dan dunia politik berbeza sheh. dunia dakwah mengharapkan imbuhannya di akhirat. manakala dunia politik ada offer2 pelbagai jawatan dan imbuhannya semasa hidup.

ustaz ingat rakyat pas semua bodoh ke? hanya adinda2 kat pemuda tu je yang berjaya ustaz 'dakwah' minda mereka.

rakyat pas nak tahu, kenapa ustaz tak hadir mesyuarat? jawapan ustaz lebih kurang seidea dengan hassan ali. semuanya islam tak ada lain kecuali selam?

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi ustaz kalau tak salah hamba masa satu persidangan parlimen, naper ustaz rileks jea minum kopi dengan geng UMNO keparat tuuu.....yang tu pun kira dakwah juga syeh....

Juragan berkata...

Emmmmmmmm...

datuk berkata...

Masalah utama Ustaz Nasha... kami rakyat terbawah nampak ustaz mungkin jujur.. tapi ustaz yg mmegang amanah kami berada dlm kepungan mainan Umno... tapi apakan daya ustaz nasha seorang yg pandai..ego..bijak.. mana nak dengar cakap2 kita nih..

Tanpa Nama berkata...

Woi nasa tak guna hang buat mcm ni dekat parti. org lain tengah lari najib hang pula terhegeh-hegeh dok dekat dia. tak guna hang tak guna hang..habis la kerjaya politik hang...bodo patutnya hang muda lagi ada masa panjang tapi hang dah bunuh karier hang..mampus la kau..setakat ni saja sokongan kami dekat hang nasa..tolong pecat lebai tak guna ni dari parti..pas tak perlu ust bangsat mcm ni...

Tanpa Nama berkata...

Asal nmpak kaum Pas ni dengan orang UMNO, memang habis di caci dan dikutuk. Saya kira kamu ni sudah boleh memutuskan siapa yang baik dihadapan Allah kan? adakah kamu anggap kamu kaum yang lebih baik? hati kamu ni kotor sebab perasaan benci dan dengki terhadap saudara kamu sendiri...Jangan kamu ingat semua orang berdosa kalau tak menyokong kamu..kaum PAS yang sempit fikiran agamanya...

Tanpa Nama berkata...

Bertaubat la..walaupu kamu kaum pas memang mengerjakan semua hal2 fardu, tp perbuatan kamu dan kata2 kamu penyokong pas yang suka mencari orang nmpak macam kaum2 yang sesat dan jahiliyah..

abu yusuf berkata...

satu orang islam lebih baik dari seluruh orang kafir..... apa salah orang yang punya sama kalimah berbaik-baik....

ndunia.takderblog.com berkata...

nikmatnya dunia......

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi ustaz kalau tak salah hamba masa satu persidangan parlimen, naper ustaz rileks jea minum kopi dengan geng UMNO keparat tuuu.....yang tu pun kira dakwah juga syeh....

21 Disember 2011 9:55 PTG

salam. aku rasa ust nasa x perlulah lg susah2 berjuang. ramai lg dlm pas yg layak.

ust, ust berjiwa ELITE. tolong lar keluar dr pas. tolong la.... tolong la.... pleaaseeeeeeeeeee...... :(

Tanpa Nama berkata...

Astargfirullah...minum kopi dgn saudara islam pun salah?? Berpelukan dgn kapir ok lak? Menyokong kapir lgbt takpe? Menjulang golongan sodomy dn seks luar tabie diutamakan? Perangai pelik2 kluar kalau dah taksub tu...

rangga berkata...

Sokong tanpa nama...hanya kerana perpaduan umah melebihi politik menyebabkan nasha di buang..hanya kerana perbezaan politik saudara seagama berpecah..pas hanya akan okay selepas kepimpinan skg(nik aziz hadi awang dan mat sabu)dibuang dan dato harun din naik..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....