KUALA LUMPUR, 26 Okt — Perkasa memilih Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai salah seorang naib presidennya pada perhimpunan agung tahunan kedua pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu itu yang berlangsung di sini, hari ini.
Wakil rakyat kontroversi itu dipilih ke jawatan itu selepas anggota majlis tertinggi Perkasa Muhammad Zahid Mohd Arip membawa usul tergempar.Usul itu kemudian diluluskan sebulat suara oleh perwakilan.
Zulkifli merupakan antara wakil rakyat penggal pertama, yang memenangi kerusi Parlimen atas tiket PKR pada Mac 2008, tetapi telah keluar atau dipecat oleh parti itu sejak awal tahun lalu.
Zulkifli dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali merupakan antara Ahli Parlimen bebas.
Zulkifli menggantikan Datuk Mokhtar Samad, yang mengosongkan kerusinya awal tahun ini untuk memberi tumpuan sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).
Kerusi naib presiden Perkasa turut disandang oleh Dr Ashraf Wajidi Dasuki, Dr Zubir Harun, Abang Naseer Abang Hadari dan Musli Oli.TMI
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Bagai sireh pulang ke gagang,Bagai pinang dibelah dua,
Bagai aur dengan Tebing,
Ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu jua,
Kalau dah jodoh tidak ke mana,
Begitulah yang dapat dinukil menjadi madah,
Madah pujangga warisan melayu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan