-jadikan tanah 'umpan' menjelang PRU ke-13
Sebenarnya tanah terbabit yang diluluskan permohonannya pada zaman pemerintahan kerajaan PAS.
Iamelibatkan beberapa lot tanah
di kampung berkenaan yang diusahakan oleh peneroka asal. Mereka telah
membuka sendiri tanah-tanah tersebut berpuluh tahun dahulu tetapi tidak pernah diberi kelulusan di zaman pemerintahan Umno.
Apabila PAS memenangi Pilihanraya pada tahun 1999 banyak permohonan
lama telah diperoses dan diluluskan untuk diberi hak milik. Majlis
penyerahan Jadual 5A telah diadakan di Perkarangan masjid Felda Tenang
pada awal tahun 2004 oleh Menteri Besar YAB Dato Sri Tuan Guru Haji
Abdul Hadi bin Awang.
Ramai daripada tuan-tuan tanah tersebut membuat bayaran Premium tetapi
sebelum sempat pengeluaran surat hak milik dikeluarkan, apabila
pilihanraya ke-11 tahun 2004 berlaku.
Apabila Umno merampas pemerintahan dari PAS pada tahun 2004, bermulalah tindakan zalim Umno/BN bermula. Mereka membatalkan kelulusan itu dan membayar balik premium yang telah dibayar oleh pemiliknya. Malangnya sehingga hari ini sudah 2 penggal, sejak tahun 2004, namun tidak ada apa-apa tindakan yang dibuat oleh wakil rakyat Umno tersebut.

Saya ingin bertanya kepada wakil
rakyat Umno/BN terbabit, tanah mana yang diberi kepada tuan asal?
(Rujuk akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 9 Sepember, 2011.). Tanah
di Kampung Batu13 sudah lebih 40 tahun diteroka sampai saat ini tidak
ada satu pun suratan hak milik yang dikeluarkanj oleh kerajaan Umno.
Begitu juga tanah lot bagi tapak rumah di Kampung Baru.
Umno/BN hanya memperalatkan
tanah sebagai 'umpan' menjelang pilihanraya..dengan 'menabur' pelbagai
janji palsu. Wakil rakyat Umno/BN tersebut mendakwa Umno/BN tidak
bertindak zalim, namun peristiwa pembahagian tanah di Bukit Kemiung
Batu13 masih menjadi igauan kepada penduduk sekitar.
Apa tidaknya! Tanah-tanah yang telah diteroka dan ditanam dengan pokok getah akhirnya dibahagikan kepada 'kroni-kroni Umno di sekitar Hulu Besut. Orang kuat Umno/BN dapat memilki 6 ekar seorang tanah tersebut tanpa perlu bersusah payah, sedangkan orang yang meneroka, menebas dan menebang serta mengusahakan tanah tersebut 'menangis' sedih hingga ke hari ini.
Saya turun berjumpa dengan mereka ini. Kita ada senarai nama pemilik asal dan kita ada senarai nama orang kuat Umno/BN yang dapat. Ini bukti kezaliman dan penipuan Umno/BN. InsyaAllah kita akan dedahkan satu persatu dalam penulisan dan siri-siri ceramah yang akan dibuat dari masa ke semasa.
Perkara terbaru yang ingin dilakukan pemimpin Umno/BN ialah tanah Bukit Langkap Felda Tenang. Tiga bulan lalu mereka cuba rampas tanah tersebut dari pemilik asal dan membahagikan kepada kroni mereka. Sedangkan tanah tersebut telah diukur semasa pemerintahan PAS dulu mengikut rentahan peneroka asal.
Saya telah berjumpa dengan tuan-tuan tanah tersebut meminta tandatangan bantahan dan menghantar sendiri kepada Pejabat tanah Besut bersama beberapa orang tuan tanah. Alhamdulillah respon baik dari pejabat tanah. Kita tahu apa yang dibuat oleh 'anak-anak buah wakil rakya' yang tidak sempat dipantau oleh wakil rakyat kerana sibuk hal peribadi. Saya menasihatkan agar wakil rakyat Umno/BN turun padang dan jangan menzalimi rakyat sendiri. Kalaupun tidak mahu menyelesaikan masalah rakyat, toidak mengapa. Namun jangan sekali-kali bertindak zalim!
Jawapan yang tidak tepat wakil rakyat Umno/BN dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian yang diterbitkan pada 9 September lalu menyebabkan rakyat Hulu Besut semakin marah kepada Umno. Kita akan kumpul mereka ini dalam satu majlis tidak berapa lama lagi Insyaallah.

***Kenyataan Media Cikgu Shalahuddin Jaafar, Timbalan Yang DiPertua PAS Besut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan