Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 15 September 2011

Umno tuduh sesiapa saja menentangnya komunis

Oleh TARMIZI MOHD JAM dan SALMIYAH HARUN

JIKA sesiapa mengikuti sejarah Umno, memang parti itu paling gemar memomokkan pihak-pihak yang tidak bersamanya sebagai penyokong komunis atau mendukung fahaman komunisme, tegas bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang.

“Mula-mula daripada Presiden Umno yang pertama Dato’ Onn Jaafar, Umno tuduh pejuang kemerdekaan yang tidak bekerjasama dengan penjajah Inggeris sebagai komunis seperti Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir,” ujarnya

Begitu juga Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy, Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh, dan Partai Rakyat Kalimantan Malaya (PRKM) yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Wahab Nor, kesemuanya dianggap sebagai penyokong komunis, katanya.

Dedahnya, suatu ungkapan Dato’ Onn Jaafar yang dicatatkan dalam sejarah politik negara ialah, “hubaya... hubaya... bahaya dari gunung” yang merujuk kepada kongres di Gunung Semanggol pada Mac 1948 yang dihadiri oleh kirakira 5,000 orang dari parti-parti politik haluan kiri dan juga parti-parti bukan Melayu yang tergabung dalam All Malaya Joint Council for Action (AMCJA).

Malah Dato’ Onn Jaafar kata Ustaz Ahmad, mengulangi katakatanya itu dengan mengatakan bahaya dari gunung masih ada lagi, dan ditambah satu bahaya lagi yang tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya supaya orang Melayu terhapus dan terjatuh kerana sebenarnya parti Islam itu (Hizbul Muslimin) “merah” (yakni komunis). “Tidak hairanlah pemimpinpemimpin Umno kemudiannya selepas itu sering mengaitkan PAS dengan komunis atau kegiatan komunis sehinggalah ke hari ini, seperti fitnah yang dilemparkan ke atas Mat Sabu.

“Ini kerana momokan komunis paling mudah mempengaruhi masyarakat Melayu untuk menerimanya, walaupun tuduhan dan momokan tersebut kadangkadang tidak masuk akal,” tegas beliau.

Katanya, bayangkanlah seorang ulama seperti Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, begitu juga Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy dicop pro-komunis atau sebagai pendukung fahaman komunisme, sesuatu yang tak masuk akal.

“Saya masih teringat lagi setelah penjajah Inggeris mengisytiharkan Darurat pada Jun 1948, kira-kira sebulan selepas itu sebuah pesawat kecil terbang rendah menggugurkan puluhan ribu risalah di kawasan Semanggol Selinsing dengan gambar potret Dr Burhanuddin yang dicop sebagai pendukung komunis,” dakwanya.

Beliau berkata, ketika itu Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa pemimpin Hizbul Muslimin, API, dan PRKM telah ditangkap oleh penjajah Inggeris, yang kemudiannya ditahan tanpa bicara selama hampir 5 tahun.

Katanya, Dr Burhanuddin tidak dapat ditangkap kerana berada di Singapura yang tidak termasuk dalam kuasa undangundang Darurat Malaya.

Beliau hanya kemudian ditahan di Singapura dalam peristiwa rusuhan Natrah pada 1951.

Penjajah bertindak demikian atas desakan Umno ketika itu. Seorang penghulu muda khas dihantar oleh kerajaan ke Semanggol untuk mengintip pergerakan pejuang-pejuang kemerdekaan di Semanggol khasnya pemimpin dan pendukung Hizbul Muslimin, ujarnya.

Kata Ustaz Ahmad lagi, penghulu muda tersebut adalah anak buah kepada seorang yang ada hubungan rapat dengan Dato’ Onn Jaafar dan seorang pemimpin Umno pada ketika itu.

“Sejarah seperti inilah yang perlu dibaca oleh orang-orang yang otaknya terkongkong dengan propaganda dan khurafat Umno mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan negara kita,” tegasnya.Detikdaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....