PETALING JAYA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.
“Pendirian
MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika
Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan
Nasional... sangat mudah,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
kepada pemberita hari ini.
“Pendirian
kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam
hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar,” kata beliau (gambar) lagi.
Semalam,
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud
masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
Muhyiddin
berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya
keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan
keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.
Beliau
berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan,
Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti
mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.
“Pendirian
kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam
situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia
sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak
melaksanakan hukum hudud,” katanya.
Sebelum
ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan
berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun
ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Diminta
mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: “Itu
boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi
anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk
melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas.”
“PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza,” katanya.TMI
Umno
didesak supaya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendirian parti
itu menyokong hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud.
“Umno
sepatutnya sudah lama mengeluarkan arahan kepada wakil rakyatnya yang
beragama Islam agar menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dan
Terengganu suatu ketika dahulu untuk laksanakan hudud,” kata Penolong
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din.
Ini, katanya memandangkan Umno selalu mendakwa parti itu parti terbesar mewakili umat Islam di negara ini.
“Jadi
kita nak dengarlah sama ada Umno bercakap benar ataupun tidak untuk
membela umat Islam, kalau bukan Islam tak sokong hudud itu kita
fahamlah, yang masalahnya Umno dakwa parti itu bela Islam, jadi kita nak
tahu pendirian mereka tentang hudud sepertimana yang dihasratkan oleh
Kerajaan Kelantan.
“Kita
juga nak tahu berkenaan pendirian Umno di bawah pimpinan Najib
sekarang berkenaan surat yang dihantar oleh bekas PM dulu kepada
Kerajaan Negeri Kelantan yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap
Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) yang mana
ianya masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar sepertimana yang
dilaporkan dalam Harakahdaily semalam,” ujar beliau lagi.
Menurut
laporan Harakahdaily semalam, Perdana Menteri ketika itu ialah Dr
Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak
akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.
Menteri
Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang
dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.
Beliau
dipetik berkata, “saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana
surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila
beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.
“Adakah
semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku
peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir.”
“Saya
juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat
tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar
Umno ikhlas berjuang untuk agama,” ulas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat dalam respons beliau melalui facebook semalam sepertimana dipetik
dari Harakahdaily.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II).
Kemudian
diikuti oleh Negeri Terengganu setelah dimenangi oleh PAS pada tahun
2004 di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu pada waktu itu iaitu,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Hrkh
Ulasan Tinta Hijau DKB
Terang lagi bersuluh,Umno adalah talibarut MCA.Patutlah lebih 50 tahun merdeka,usahkan nak laksanakan bercakap soal hudud Umno tak berani.Asyik berdalih je.
Masa Kelantan nak laksanakan hudud dulu bukan main lagi puak2 Umno ni tentang.PM Siap hantar surat amaran lagi.Mungkin mereka ikut nasihat dan telunjuk MCA kut.
Patutlah sampai sekarang Umno tak pernah keluarkan kenyataan rasmi tentang Hudud.Takut dengan ugutan MCA rupanya.Umno !! Umno !!,cakap berdegar2 ekor bergelumang ngan taik....
1 ulasan:
MAT: Sebenarnya isu ini menguntungkan pas org cina yg faham ttg hudud bertambah dan org melayu yg telah sedar penipuan umno semakin bertambah. hudud sebenarnya tidak bercanggah dgn perlembagaan cuma salah tafsiran dan sengaja buat tak faham. dlm perlembagaan Islam adalah agama rasmi, maksud islam ini ialah yg di sampaikan oleh junjungan nabi Muhammad S.A.W yg terkandung ddlmnya car hidup termsklah hukum hudud. Sedangkan Islam yg di amalkan skg ialah islam Yg di luluskan oleh inggeris. DAP MCA MIC GERAKAN tak faham ini. jadi pakat2 berdoa agar mereka faham supaya cita2 rakyat kelantan utk laksanakan hudud tercapai. INSYAALLAH
Catat Ulasan