Jumaat, 23 September 2011

Panas !!! MCA akan keluar BN jika Umno laksana hudud


PETALING JAYA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.
“Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.
“Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar,” kata beliau (gambar) lagi.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.
Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.
“Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Diminta mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: “Itu boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas.”
“PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza,” katanya.TMI



Umno didesak supaya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendirian parti itu menyokong hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud.
“Umno sepatutnya sudah lama mengeluarkan arahan kepada wakil rakyatnya yang beragama Islam agar menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dan Terengganu suatu ketika dahulu untuk laksanakan hudud,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din.
Ini, katanya memandangkan Umno selalu mendakwa parti itu parti terbesar mewakili umat Islam di negara ini.
“Jadi kita nak dengarlah sama ada Umno bercakap benar ataupun tidak untuk membela umat Islam, kalau bukan Islam tak sokong hudud itu kita fahamlah, yang masalahnya Umno dakwa parti itu bela Islam, jadi kita nak tahu pendirian mereka tentang hudud sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Kelantan.
“Kita juga nak tahu berkenaan pendirian Umno di bawah pimpinan Najib sekarang berkenaan surat yang dihantar oleh bekas PM dulu kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) yang mana ianya masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar sepertimana yang dilaporkan dalam Harakahdaily semalam,” ujar beliau lagi.
Menurut laporan Harakahdaily semalam, Perdana Menteri ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.
Beliau dipetik berkata, “saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.
“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir.”
“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama,” ulas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam respons beliau melalui facebook semalam sepertimana dipetik dari Harakahdaily.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II).
Kemudian diikuti oleh Negeri Terengganu setelah dimenangi oleh PAS pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu pada waktu itu iaitu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Hrkh

Ulasan Tinta Hijau DKB

Terang lagi bersuluh,Umno adalah talibarut MCA.Patutlah lebih 50 tahun merdeka,usahkan nak laksanakan bercakap soal hudud Umno tak berani.Asyik berdalih je.
Masa Kelantan nak laksanakan hudud dulu bukan main lagi puak2 Umno ni tentang.PM Siap hantar surat amaran lagi.Mungkin mereka ikut nasihat dan telunjuk MCA kut.
Patutlah sampai sekarang Umno tak pernah keluarkan kenyataan rasmi tentang Hudud.Takut dengan ugutan MCA rupanya.Umno !! Umno !!,cakap berdegar2 ekor bergelumang ngan taik....

1 ulasan:

  1. MAT: Sebenarnya isu ini menguntungkan pas org cina yg faham ttg hudud bertambah dan org melayu yg telah sedar penipuan umno semakin bertambah. hudud sebenarnya tidak bercanggah dgn perlembagaan cuma salah tafsiran dan sengaja buat tak faham. dlm perlembagaan Islam adalah agama rasmi, maksud islam ini ialah yg di sampaikan oleh junjungan nabi Muhammad S.A.W yg terkandung ddlmnya car hidup termsklah hukum hudud. Sedangkan Islam yg di amalkan skg ialah islam Yg di luluskan oleh inggeris. DAP MCA MIC GERAKAN tak faham ini. jadi pakat2 berdoa agar mereka faham supaya cita2 rakyat kelantan utk laksanakan hudud tercapai. INSYAALLAH

    BalasPadam