KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Pemergian novelis terkemuka tanah air, Azizi Abdullah (gambar) ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar kepada PAS khususnya dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.
Presiden
PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, allahyarham bukan
sekadar berjasa besar sebagai tokoh PAS yang terlibat secara langsung
menggerakkan PAS di pelbagai peringkat, termasuk menjadi calon PAS
dalam pilihan raya, tetapi juga tokoh milik masyarakat melalui aktiviti
penulisannya yang cukup berkesan.
Katanya,
dengan jasa dan penglibatannya itu, sudah tentu pemergiannya merupakan
satu kehilangan yang besar kepada PAS khususnya dan masyarakat
Malaysia amnya.
"Bagi
pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan takziah kepada
seluruh keluarga Allayarham Azizi Haji Abdullah di atas pemergian
beliau ke rahmatullah.
"Kita
berdoa kepada Allah SWT semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang
yang soleh dan mendapat keampunan Allah," katanya yang juga Ahli
Parlimen Marang.
Perutusan
takziah beliau itu disampaikan menerusi setiausaha akhbar beliau, Mohd
Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.
Allahyarham
Azizi, 69, meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang kira-kira
jam 7.50 pagi semalam akibat komplikasi buah pinggang dan sakit
jantung. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut sejak 26 Mac lalu
dan menjalani pembedahan jantung tidak lama selepas itu.
Semasa
hayatnya, Allahyarham yang tinggal di Taman Bersatu berdekatan
Petronas Kulim merupakan seorang novelis hebat, peka dan tajam penanya
terhadap isu semasa yang melanda masyarakat.
Beliau
juga terkenal sebagai seorang penulis yang berdisiplin, berdedikasi
dalam penulisan dan kritis dalam mengutarakan idea, sehingga mampu
dijadikan contoh oleh generasai muda hari ini dalam menekuni bidang
penulisan dan kesusasteraan.
Beliau
yang pernah memenangi anugerah SEA Write Award pada 1988 itu
meninggalkan banyak karya bermutu untuk bacaan orang ramai. Antara karya
besarnya termasuklah novel Seorang Tua Di Kaki Gunung.Hrkh
1 ulasan:
Al Fatihah...semoga dicucuri rahmat (Tuk Ya)
Catat Ulasan