Pejuang-pejuang kumpulan pemberontak memijak gambar pemimpin Libya
Muammar Gaddafi di satu sekatan jalan di daerah Qarqarsh, Tripoli. —
Foto Reuters
Pejuang pemberontak meraikan kejayaan mereka di daerah Qarqarsh hari
ini, sehari selepas menguasai sebahagian besar Tripoli, namun lokasi
Muammar Gaddafi belum dikenal pasti. — Foto Reuters
TRIPOLI, 22 Ogos
— Sementara kumpulan pemberontak mendakwa sudah pun menguasai 95
peratus Tripoli dan sebahagian besar penduduk tempatan meraikan
kejayaan itu — satu persoalan sedang bermain di fikiran pelbagai pihak
di seluruh dunia — di mana Muammar Gaddafi sekarang?
Dua anaknya telah ditangkap oleh pemberontak semalam.
Laporan
petang ini (waktu Malaysi) menyebut bahawa seorang anak Muammar sedang
mengetuai tentera kerajaan ke atas Tripoli manakala seorang lagi anak
beliau Al-Mutassim masih berada dalam bangunan Bab Al-Azizya.
Pengerusi Majlis Peralihan Nasional (NTC) Mustafa Abdul Jalil berkata tiada siapa pun tahun di mana Muammad berada sekarang.
Laporan
Reuters memetik televisyen Al Arabiya berkata tiada perundingan
setakat ini antara majlis tersebut dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(ICC) mengenai nasib Saif al-Islam, salah seorang anak Muammar yang
ditangkap.
Perdana
Menteri Libya Al Baghdadi Ali al-Mahmoudi dan ketua kesatuan
televisyen negaranya Abdallah Mansour dilaporkan berada di pulau
Tunisia, Djerba.
Laporan
minggu lalu bahawa kumpulan pemberontak dan kerajaan Muammar
mengadakan perundingan di pulau itu dinafikan oleh kedua-dua pihak.
Muammar, 69, yang sudah 42 tahun menerajui Libya, semalam meminta rakyatnya menentang kehadiran pemberontak.
“Saya di Tripoli,” kata beliau kepada TV Libya menerusi telefon.“Keluar, saya bersama anda sehingga detik akhir,” kata beliau.
“(Muammar) Gaddafi sudah habis. Kita bebas sekarang,” kata seorang anggota pemberontak, Abdullah kepada Reuters.
Laporan
BBC menyebut Muammar tidak kelihatan di khalayak sejak Mei lalu dan
kemunculan menerusi televisyen dilaporkan pertengahan Jun lalu ketika
bermain catur dengan Presiden Persekutuan Catur Sedunia Kirsan
Ilyumzhinov.
Jika benar beliau masih berada di kediamannya di Tripoli, maka kedudukannya boleh disahkan dalam beberapa jam, kata laporan itu.
Pertempuran
sengit dilaporkan di sekitar kawasan kediamannya, Bab
al-Azizya.Sehingga itu lokasi beliau berada kekal spekulasi dan misteri.
Satu
lagi khabar angin menyebut Muammar sudah pun meninggalkan Tripoli dan
bergerak ke kawasan kelahirannya Sirte, kawasan pantai barat atau rumah
warisan Sabha, selatan Libya.Bagaimanapun ada juga maklumat yang
menyebut beliau sudah pun meninggalkan Libya.
Afrika
Selatan, yang mengetuai usaha-usaha perantaraan Kesatuan Afrika untuk
mencari penyelesaian kepada krisis telah menafikan ia menghantar
pesawar-pesawat ke Libya bagi membantu Muammar keluar dari negara utara
Afrika.
“Kerajaan
Afrika Selatan ingin menafikan khabar angin dan dakwaan bahawa ia
telah menghantar kapal terbang ke Libya untuk membawa keluar Muammar
dan keluarganya ke lokasi tidak didedahkan,” kata Menteri Luar Maite
Nkoana-Mashabane.
Dalam
pada itu, anggota kumpulan pemberontak berkata Muammar dan beberapa
anggota keluarganya dilaporkan berada dekat dengan sempadan Algeria.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan