Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sewaktu “Datuk T” mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di hotel Carcosa Seri Negara, beliau telah menegaskan bahawa video tersebut palsu, “tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.”
“Hari ini, saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar,” kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan segera dikeluarkan lewat petang ini.
Nik Nazmi menambah, hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun, “saya tahu bahawa itu bukan Anwar.”
“Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik,” katanya.
“Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik,” kata beliau sambil menambah, tarikh video tersebut ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena pilihan raya negeri Sarawak.
Klip video dua minit yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.
Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak semalam.
Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.
Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan 21 minit.
Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen.TMI
2 ulasan:
eh
ni mesti kes seludup salimnan video lucah anuar ke thailand, ada sunting skit lak tu. Kalu tengok orangnyer kalau kamerea pakai lens kan ok.Ni pakai lens kecik sudut luas, kan susah tambah kat kaw.bilik air tu. tengok lain semua macam nuar..pakai lens cengkong tengok k
salam, kenapa tajuk ni yang dihangatkan, yang budak mati kena bunuh ngan ustaz kat perlis tak masukkan pun, pasal pemuda pas ke ? berlaku adil dgn diri sendiri mcm mana nak tarbiyah orang lain kalau hidup kita asyik berat sebelah je.
Catat Ulasan