Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 12 Jun 2010

Kaum India Penyokong Pas Sifatkan Tok Guru Nik Aziz Umpama Mahatma Ghandi

KOTA BARU: Kaum India yang menyokong PAS menyifatkan Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki peribadi seperti Mahatma Gandhi yang sentiasa disenangi rakyat.
Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), K. Deepakaran berkata,kebanyakkan orang India beranggapan Nik Abdul Aziz sama seperti Ghandi yang sentiasa mengamalkan sifat rendah diri dalam mendekatkan diri dengan rakyat.
Malah cara pemakaiaan Menteri Besar kelantan itu yang masih tidak berubah sejak menerajui pemerintahan negeri pada tahun 1990 turut menjadi tarikan.
"Biarpun sudah 20 tahun memerintah Kelantan, cara pemakaian dia tetap sama dengan serban dan jubah... tidak ada perubahan.
"Kalau sebelum ini kita lihat mana-mana Ahli Parlimen ataupun Anggota Dewan Undangan Negeri yang baru dipilih, dalam dua, tiga bulan sudah tukar pakaian merekadengan bergaya... tapi bukan Nik Aziz," katanya ketika ditemui pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini hari ini.

Menurut Deepakaran, sikap keterbukaan dan kesamarataan terhadap semua kaum yang diamalkan Nik Abdul Aziz dalam pemerintahannya telah menarik minat golongan bukan Islam untuk mendekati PAS.
Katanya lagi, kaum India yang menyokong parti itu hari ini tertarik setelah datang sendiri ke Kelantan yang menjadi nadikekuatan PAS.
"Saya sendiri kagum dengan perjuangan Islam yang tidak membezakan kaum dan membenarkan kaum lain mengamalkan agama mereka," katanya.
Terdahulu semasa membahaskan ucapan Dasar Presiden, Deepakaran meminta supaya PAS memberikan ruang kepada penyokong bukan Islam agar mereka dapat sama-sama memberi sumbangan kepada parti itu.
"Kami harapkan agar diberikan ruang yang luas kepada DHPP untuk bergerak dalam PAS dan mengembangkan parti ini.
"Sebagai sayap baru PAS, kami akan sama-sama memainkan peranan yang sebaik mungkin," katanya.
Dalam ucapannya beliau turut mengusulkan agar DHPP dipilih untuk menganggotai jawatanketua penghulu, JawatankuasaKeselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Jelas beliau, pemilihan ahli DHPP untuk kawasan penduduk bukan Islam merupakan strategi untuk mengelakkan tindakan sabotaj jika kerajaan negeri memilih secara rawak pemimpin berkenaan kerana ahli DHPP perlu melalui tapisan sendiri yang komited kepada PAS.Mstar

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kaum India nampak dan kenal akan kehebatan TGNA malangnya Puak UG dalam PAS nak ketepikan TGNA.Dunia sudah terbalik.......nyanyian R.Azmi.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....