Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 12 Jun 2010

Karpal bebas tuduhan hasutan terhadap Sultan Perak

Karpal tidak diminta membela diri atas sebab pendakwa raya gagal membuktikan kes terhadap beliau. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Pengerusi DAP Karpal Singh bebas daripada tuduhan tanpa diminta membela diri hari ini berhubung pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya 6 Feb 2009.

Mahkamah Tinggi mendapati pendakwa raya telah gagal membuktikan kes tersebut Karpal.

Hakim Azman Abdullah memutuskan pemberita-pemberita, saksi utama dan polis tidak faham maksud hasutan dalam bahasa Inggeris.

Akhir bulan lalu, Mahkamah Tinggi menetapkan hari ini untuk memutuskan sama ada peguam itu perlu membela diri atau tidak di atas pertuduhan tersebut.

Seramai 19 saksi memberi keterangan pada perbicaraan kes itu termasuk Timbalan Pengarah Berita TV RTM Roslan Ariffin dan wartawan Utusan Malaysia Nizam Mohd Yatim

Pada 17 Mac tahun lepas, Karpal minta dibicarakan terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya Tetuan Karpal Singh & Co, Jalan Pudu Lama di sini antara pukul 12 tengah hari dan 12.30 petang, 6 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan menghadapi hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....