Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 8 Mei 2010

Lagi Remaja Ditembak Polis Dalam Kejadian Kejar Mengejar

BANGUNLAH NAK... Juhaida Che Hasan mengucup tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini. Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar. Azizi yang menunggang motosikal dikatakan melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arahnya pada 3.30 pagi tadi. - Foto BERNAMA
GEMENCHEH: Seorang anggota polis digantung tugasnya kerana menembak seorang remaja dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Jelebu di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, ditembak polis kerana enggan memberhentikan motosikal walaupun diarah berulang-kali untuk berbuat demikian.
Mohd Azizi daripada Paroi dekat sini ditembak pada perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal menunjukkan anggota polis terbabit sedang membuat rondaan bersama rakan setugas tidak mengikut standard operasi untuk melepaskan tembakan.
“Kami telah menggantungnya kerana menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.
“Dia tidak sepatutnya melepaskan tembakan kerana polis-polis terbabit tidak berada dalam keadaan berbahaya,” katanya kepada pemberita pada perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan, dekat sini.
Anggota polis yang digantung itu berpangkat konstabel dan telah berkhidmat di Balai Polis Rahang selama satu setengah tahun.
Osman turut memohon maaf kepada ibu-bapa mangsa di atas kejadian itu.
Difahamkan Mohd Azizi sedang melepak bersama rakan-rakan di pusat beli-belah Centre Point apabila kereta peronda menghampiri mereka.
Mereka melarikan diri ke arah berbeza apabila kereta peronda semakin hampir.
Dua polis di dalam kereta itu mengejar dan memberi amaran berulang kali kepada Mohd Azizi supaya memberhentikan motosikal Honda EX5 yang ditungganginya.
Bagaimanapun, dia dikatakan tidak mempedulikan arahan itu, malah memecut laju ke arah Jalan Jelebu sejauh 2km.
Osman berkata, Mohd Azizi yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dilihat seolah mencabar pihak polis untuk mengejarnya.
“Namun, salah seorang anggota polis melepaskan tembakan apabila mangsa gagal untuk berhenti selepas beberapa kali diarahkan untuk berbuat demikian,” katanya.
Beliau berkata, Mohd Azzi yang bekerja di pasar malam di sini memberhentikan motosikalnya apabila menghampiri 1km dengan Kg Ujung Pasir dan cuba melarikan diri, namun dia ditahan.
Menurutnya, ketika itu barulah anggota polis tahu yang Mohd Azizi telah ditembak.
“Mangsa tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.” tambahnya.
Berdasarkan siasatan awal, Osman menjelaskan, anggota polis terbabit tidak berniat untuk menembak mangsa.
“Dia mengeluarkan pistol dari tingkap kiri kereta peronda bagi memberi amaran tembakan, namun terkena mangsa. Bagaimanapun, kami akan mengesahkan perkara ini.
“Mangsa kini pulih dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....