KUALA LUMPUR: Benarkah Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menyokong BN?
Itu persoalan yang bermain dalam kalangan pemerhati politik diseluruh Negara berhubung kenyataan secara tiba-tiba oleh Ting Ling Kiew yang mendakwa dirinya sebagai Timbalan Presiden parti itu.
Ting mendakwa bahawa penyertaan SNAP yang juga parti kedua tertua di negeri Sarawak sebagai tidak sah dan kononnya tidak diputuskan oleh majoritinya ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) sebenarnya boleh diragui.
Ini kerana, kenyataan yang dikeluaran oleh Ting itu bukan dilihat sebagai kenyataan politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu yang pengundiannya diadakan pada 16 Mei ini dengan penamaan calon sedang bermula ketika ini.
Kenyataan ting itu juga pernah dikeluarkan pada PRK Batang Air setahun yang lalu.
“Kami masih ahli komponen BN di peringkat pusat, oleh itu adalah logik bagi kami untuk menyokong calon daripada BN seperti yang kami lakukan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai tahun lalu dan kali ini kami mahu semua anggota parti memberikan sokongan mereka kepada calon BN yang bertanding di kerusi Parlimen Sibu,” kata Ting dalam siding media beberapa hari lalu.
Apakah ia secara kebetulan atau ada agenda tersembunyi?
Rekod menunjukkan, setelah penyingkiran SNAP dari BN beberapa tahun lalu sehingga menyaksikan parti itu melahirkan dua cucu yang kini menjadi parti kecil dalam BN negeri Sarawak iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP).
Sejak beberapa tahun lalu, usaha sedang dilakukan untuk menggabungkan pula kedua-dua parti itu bersama parti utama BN di negeri itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) seterusnya menjadikan parti tertua dalam BN, yang juga mewakili kaum Cina iaitu SUPP akan menjadi parti terkecil dalam gabungan itu.
Secara asanya, Ting bukanlah Timbalan Presiden SNAP yang sah kerana hirarki kepimpinan parti itu yang penggalnya akan tamat pada tahun ini langsung tiada nama yang menyebut Ting Ling Kiew sebagai Timbalan Presiden malah Timbalan Presiden sebenar ialah Kebing Wan yang juga ahli politik Veteran di negeri Sarawak sekaligus parti ini antara yang memperjuangkan masyarakat Iban dan Dayak.
Berikut ialah hirarki kepimpinan SNAP bagi tempoh 2007-2010/
PRESIDENT:
Mr. Edwin Dundang Bugak (gambar)
DEPUTY PRESIDENT:
Mr. Kebing Wan (Acting DP)
SENIOR VICE PRESIDENT:
Mr. Johnny Wong Sie Lee (Acting Sr. VP)
SECRETARY-GENERAL:
Mr. Edmund Stanley Jugol
TREASURE-GENERAL:
Mr. Larry Dominic Linang
VICE-PRESIDENTS (7):
Mr. Frankie Nyombui
Datuk Seri Dennis Chang Foh Onn
Dr John Bampa
(4 vacant position)
APPOINTED VICE-PRESIDENTS:
Mr. Entalai Anak Munan
Mr. Roland Teo
YOUTH CHIEF:
Mr. Dayrell Walter Entrie
WANITA CHIEF:
(vacant)
(The Youth Chief and Wanita Chief respectively became vice-president by virtue of their position).
Mr. Edwin Dundang Bugak (gambar)
DEPUTY PRESIDENT:
Mr. Kebing Wan (Acting DP)
SENIOR VICE PRESIDENT:
Mr. Johnny Wong Sie Lee (Acting Sr. VP)
SECRETARY-GENERAL:
Mr. Edmund Stanley Jugol
TREASURE-GENERAL:
Mr. Larry Dominic Linang
VICE-PRESIDENTS (7):
Mr. Frankie Nyombui
Datuk Seri Dennis Chang Foh Onn
Dr John Bampa
(4 vacant position)
APPOINTED VICE-PRESIDENTS:
Mr. Entalai Anak Munan
Mr. Roland Teo
YOUTH CHIEF:
Mr. Dayrell Walter Entrie
WANITA CHIEF:
(vacant)
(The Youth Chief and Wanita Chief respectively became vice-president by virtue of their position).
Sehubungan itu, kenyataan ting yang menyatakan SNAP menyokong BN hanya dilihat bertujuan meraih sokongan pengundi Iban dalam PRK Sibu yang jumlah mereka mampu kira-kira 18 peratus daripada keseluruhan hampir 55,000 pengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan