Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 16 Mac 2010

Tidak dibenar bahas usul, MP Pakatan keluar dewan


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat (PR) bertindak keluar dewan hari ini selepas tidak dibenarkan membahaskan usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membentangkan usul mengarahkan ketua polis negara supaya memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa tanpa sebarang halangan kepada ahli parlimen.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar kemudian bangun dan meminta usul tersebut dibahaskan kerana mendakwa berlaku kekeliruan berhubung status jawatan ketua polis negara yang didakwa akan berlaku perubahan dalam masa terdekat.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee bagaimanapun kemudiannya meluluskan usul tersebut selepas mendapat sokongan majoriti sewaktu pengundian lisan, tanpa membukanya untuk dibahaskan.
MP Pakatan mengadakan satu sidang media di luar dewan berhubung perkara itu.

MP Bachok, Nasaruddin Mat Isa menegaskan tindakan tidak membahaskan usul tersebut mengesahkan ketidakwibawaan ketua polis negara meneruskan tugas yang dijangka tamat kontrak perkhidmatannya tahun ini.

Manakala Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang melahirkan rasa kecewa kerana tidak diberi masa untuk usul tersebut dibahaskan.

Turut serta dalam sidang media itu, MP Kuala Krai Dr. Hatta Ramli, Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) dan ahli parlimen pakatan yang lain.Erapakatan

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....