DUNGUN – Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor mengucapkan terima kasih kepada penganjur Panduria 2010 kerana telah menjemputnya untuk memberikan taklimat dalam majlis perasmian program tersebut yang diadakan baru-baru ini.
(Gambar kiri - Ustaz wan Hassan menyampaikan cenderahati kepada Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor)
Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh soal kejadian jenayah yan telah menurun sebanyak hampir 10% pada tahun lalu.
“Untuk tahun lepas, kejadian ataupun statistik jenayah untuk daerah Dungun pada tahun 2009 menurun sebanyak 9.8%.
”Bermakna masyarkat di Dungun ini peka sehingga penjenayah dah kurang hampir 10 %, manakala untuk Januari tahun ini, kadar jenayah berjaya dikurangkan sebanyak 19.8 %,”ujarnya ketika berucap di Majlsi Perasmian Panduria 2010 anjuran Pemuda DUN Sura baru-baru ini.
Menurutnya, bagi kejadian jenayah yang berlaku pada bulan Februari pula, tidak meningkat, sama dengan kejadian yang berlaku pada Fbruari tahun lalu.
Oleh itu, beliau berharap, kejadian jenayah akan terus menurun dengan berkat doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan dan bantuan para pemuda PAS.
“Dan kita harap pada bulan Mac ini, dengan berkat doa YB Ustaz, maka kita harap jenayah ini terus turun dengan bantuan pemuda-pemuda Pas. Boleh?!,”laungnya, lalu dijawab boleh oleh para peserta Panduria 2010.
Justeru, Supt. Mohd Dahlan mengucapkan terima kasih dan katanya, dengan pegakuan tersebut dapat memberi galakan kepada anggotanya untuk terus membasmi atau mengurangkan kadar jenayah di daerah Dungun.
Sehubungan itu, beliau mendedahkan, jumlah saman yang dikeluarkan pada tahun lalu bernilai hampir RM1 juta.
Manakala pada dua bulan yang lalu, katanya, sebanyak 1355 saman dengan kutipan saman sebanyak RM211,000.00
”Statistik saman untuk tahun 2009 sebanyak 9917 saman telah dikeluarkan dan jumlah kompaunnya hampir RM1 juta iaitu RM953,000.00. (Gambar kanan - walaupun gementar nampak ceria)
”pada bulan Januari-Februari tahun ini, kita telah mengeluarkan sebanyak 1355 saman dengan kutipan saman sebanyak RM 211 000.00,”jelasnya.
Walaupun dapat memberikan ucapan dengan baik, Supt. Mohd Dahlan mengakui, beliau merasa sedikit kelainan kerana kali pertama berdiri dan memberikan ucapan diatas pentas PAS.
”Saya rasa sedikit kelainan, di atas pentas yang lain, gementar juga, kali pertama ya di atas pentas ini, tapi alhamdulillah, saya kenal YB ini agak lama, sudah hampir 5 tahun, dan saya anggap YB sebagai rakan kepada saya,”katanya yang disahut dengan laungan takbir.BO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan