ADUN PAKATAN KELUAR DEWAN
KUALA LUMPUR : Adun Pakatan Rakyat bertindak keluar daripada dewan selepas tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan berkenaan.
"Setelah kita masuk ke dewan, Adun Pantai Remis telah membuat usul berdasarkan perintah 2, 3, dan 4, namun Ganesan tidak memberikan perhatian," kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam sidang media yang diadakan di wisma DAP.
Beliau berkata Pakatan rakyat (PR) telah bertegang leher kerana ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi speaker kerana tidak menghormati Adun.
"Namun kita tetap cuba memberi kerjasama. Selain itu, sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 hingga habis dan ini tidak pernah berlaku.
"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut" tegas Nizar lagi.Erapakatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan