Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 31 Mac 2010

Pulau Perhentian ‘Hotspot’ Untuk Pelancong Barat Berbogel



- Kerajaan Diminta Bertindak

Jerteh, BESUT – Apabila Ahli Parlimen Besut menyuarakannya di parlimen pada tahun 2001, Menteri Pelancongan ketika itu terperanjat dan berkata ia adalah satu ‘berita baru’ kepada kerajaan.

Namun kegiatan berjemur sambil berbogel ditepi pantai Pulau Perhentian dekat sini, terus menjadi amalan para pelacong Barat yang datang, saban tahun dari Mac hingga September.

Promosi berkenaan kegiatan itu boleh dijumpai dengan mudah di laman-laman ‘lonely planet’ yang memberikan khidmat perundingan percuma kepada pengembara, terutamanya kepada ‘backpacker’.

Justeru, kesan negatif dari kegiatan pelancong ‘diluar etika dan budaya’ Timur itu membimbangkan penduduk tempatan dan sekitarnya.

Selain dari ‘berjemur dan berbogel’ di pantai, para pelancong tersebut telah memasuki kawasan kampung untuk mencari makanan dan minuman dalam keadaan berpakaian ‘menjolok mata’ itu.

Ramai pihak mendakwa ia adalah satu gejala sosial yang mesti dibendung oleh pihak berkuasa.

Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak serius membendung gejala sosial yang berlaku khususnya di Pulau Perhentian.

Katanya, sikap PAS terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menangani masalah gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat.

“Masalah (gejala sosial) ini serius tetapi kerajaan (Barisan Nasional) tidak bersungguh untuk membendung gejala sosial yang semakin kronik berlaku dalam masyarakat kita.

“Sikap PAS dan mungkin sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri menangani masalah (gejala sosial) ini,” tegasnya.

Menurutnya, produk pelancongan bukan sekadar tertumpu kepada keindahan alam dan tempat tetapi budaya serta amalan masyarakat setempat wajar ditonjolkan.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri membuat Pelan Strategi Pelancongan bagi jangka masa lima hingga 10 tahun yang sesuai dengan konsep Islam.

“Kita (PAS) cadangkan supaya kerajaan adalah ‘Pelan Strategi Pelancongan 5 hingga 10 tahun’ yang sesuai dengan konsep Islam dan budaya orang Melayu.

“Pendekatan KPI boleh digunapakai untuk mengukur tahap kemajuan dan keberkesanan sesuatu pelan yang dilaksanakan dalam pelancongan,” ujarnya.

Justeru itu, Ustaz Wan Azhar mahukan kerajaan negeri memantau sebarang aktiviti pelancongan yang dibawa masuk ke negeri ini.

Sementara itu, Bekas Pengurus Besar Petronas Wilayah Sarawak, Hassan Salleh mendesak kerajaan negeri dan pejabat agama memainkan peranan penting menangani gejala maksiat terutama di Pulau Perhentian.

Katanya, laporan serta aduan yang diterima dari penduduk turut melahirkan rasa kurang selesa serta bimbang dengan kebebasan keterlaluan para pelancong asing di pulau tersebut.

“Saya ada terima ‘komplen’ (aduan) dari penduduk di Pualau Perhentian. Mereka (penduduk) rasa tidak selesa, risau dan bimbang dengan aktiviti para pelancong yang bebas berbikini.

“Aktiviti maksiat kuat sangat dan mereka (pelancong) pula bebas berbikini dan berjemur separuh bogel di pulau-pulau kita,” ujarnya.

Menurutnya, kebebasan tanpa berpakaian seperti di barat itu boleh mengundang gejala tidak sihat di kalangan penduduk terutama perkembangan minda anak-anak remaja di pulau berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Besut menjelaskan ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu tahun 1999 hingga 2004 aktiviti seumpama itu tidak berlaku secara bebas.

Katanya, kerajaan PAS melalui jabatan berkenaan sering kali melakukan rondaan serta pencegahan maksiat termasuk di Pulau Perhentian.

“Semasa kerajaan PAS dahulu selalu dibuat rondaan dan pencegahan maksiat di tempat-tempat pelancongan dan di pulau (Perhentian) ini.

“Sekarang ini, saya dimaklumkan pihak jabatan agama langsung tidak ada operasi pencegahan dan mereka (pelancong) rasa bebas kerana tidak ada gangguan pihak berkuasa (kerajaan),” jelasnya.

Ketua Pemuda PAS Besut, Zulkifli Kadir, 39, berkata kesan buruk kebebasan para pelancong asing di Pulau Perhentian menyebabkan berlaku masalah sosial semakin tidak terkawal.

Katanya, para pelancong barat tersebut tidak mempedulikan sesiapa untuk berbikini serta berpakaian separuh bogel dan berbogel ketika berjemur di tepi pantai.

“Kita lihat hari ini masalah sosial dalam masyarakat terutama di pulau (Perhentian) sangat teruk kerana mereka (penduduk) terdedah dengan minuman keras (arak) dan maksiat (berbogel).

“Mereka (pelancong) tidak kira depan siapa untuk berbikini dan berjemur di tepi pantai dan dilihat oleh anak-anak muda dan remaja kita (Melayu),” ujarnya.

Menurutnya, jika berlaku sebarang aktiviti pesta serta penganjuran hiburan di Pulau Perhentian keadaan lebih teruk dapat dilihat oleh penduduk. BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....