Oleh Misbahul Munir
Kes tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan secara memualkan sedikitpun tidak menjejaskan kredebiliti Anwar sebagai pemimpin besar negara.Kehadiran ribuan rakyat di dewan Kutien, Ayer Tawar malam tadi membuktikan rakyat tetap bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan PR negeri Perak.
Program ceramah Perdana anjuran PR Perak sempena setahun rampasan kuasa oleh BN terhadap kuasa rakyat mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Siri program setahun rampasan kuasa sejak dilancarkan seminggu yang lalu sentiasa mendapat sambutan hangat rakyat.
Program ceramah Perdana anjuran PR Perak sempena setahun rampasan kuasa oleh BN terhadap kuasa rakyat mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Siri program setahun rampasan kuasa sejak dilancarkan seminggu yang lalu sentiasa mendapat sambutan hangat rakyat.
Tohmahan UMNO BN kononnya rakyat tidak bersama PR adalah meleset. Pengaruh Anwar ternyata semakin menebal walaupun kes perbicaraan yang sedang berjalan sekarang cukup memualkan dan menjijikkan, namun rakyat yakin itu semua konspirasi jahat UMNO BN.
Program tersebut juga mengukuh dan mengeratkan hubungan akrab antara sesama pimpinan PR negeri Perak dan Pusat. UMNO BN menjaja kononnya PR semakin rapuh ekoran isu di Pulau Pinang yang sengaja dicipta dan dimainkan oleh media.
Dulu mereka memainkan isu perpecahan PR di Kedah, kemudian Selangor kini Pulau Pinang pula. Semuanya gagal belaka. PR semakin utuh dan kukuh. Rakyat pula semakin hilang keyakinan kepada UMNO BN.
Kehadiran YB Lim Kit Siang yang mewakili DAP Pusat di Dewan Kutien memusnahkan harapan UMNO BN yang mahu melihat PR berpecah dan bergeseran. Kebanyakan semua pimpinan PR negeri Perak hadir dalam program malam tadi.
Pagi esok pimpinan PR akan menjelajah seluruh Perak bertemu rakyat di setiap DUN. Mereka akan singgah di beberapa tempat orang ramai seperti kedai kopi, pasar raya, berjamaah di masjid untuk solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. Kemuncak program ialah ceramah gempur di Parit Buntar dan Teluk Intan.
Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB DS Nizar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan